Wednesday 14 August 2013

Cinta Umpama Ais Beku

“So, Iman Ariana, awak akan digandingkan dengan Irham untuk praktikal kali ni di Pertama Holding. Nak tak nak, awak perlu…no,no, awak wajib ikut arahan ni. Paham?” tegas kedengaran suara prof Tengku Kamal memberi arahan. Sememangnya , dia perlu bertegas. Dia sudah terlebih kenal dengan sikap pelajarnya yang seorang ini. Tak pernah mahu bekerjasama dengan orang bernama lelaki. Dia sendiri tak tahu kenapa Iman Ariana terlalu sensitive dengan makhluk bernama lelaki. Pernah juga, ditanya kepada rakan-rakan gadis bertudung labuh ini, namun mereka hanya menggeleng tidak tahu. Iman Ariana bukanlah seorang pendiam jika bersama pelajar perempuan tetapi, jika berhadapan dengan pelajar lelaki, mulutnya pasti terkunci. Berhadapan dengannya yang merangkap pensyarah dan boleh dikata berpangkat bapa ini pun, Iman Ariana kaku seperti ais. Akhirnya, dia nekad, Iman Ariana perlu berubah demi masa depan dia. Siapa lagi yang bertanggungjawab merubah jika bukan pendidik. Dia bukanlah nak
Iman Ariana bersosial terlebih, tetapi cukuplah sekadar bersuara tanpa nada gagap ketika berhadapan dengan lelaki. Bagaimana jika suatu hari nanti, jika dia berhadapan dengan penemuduga spesies lelaki, bagaimana pula dia hendak menguruskan sesuatu projek yang memerlukan kerjasama kaum lelaki? Kerjayanya nanti bukan calang-calang kerja, dia bakal memegang jawatan jurutera. Ah, kusut kalau pelajarnya tidak berubah dari sekarang. Kesian masa depan dia.

Iman Ariana masih kaku dihadapan prof Tengku Kamal. Disebelahnya duduk Irham Hakimi. Pelajar kejuruteraan sama sepertinya.

“Iman, saya masih menanti awak bersuara.” Prof Tengku Kamal masih tidak berputus asa.

“Erm, prof, saya tak kisah, kalau prof nak tukarkan saya dengan pelajar perempuan. Saya bukan apa, saya takut ada pihak yang tak selesa nanti.” Perlahan Irham Hakimi bersuara. Dia sedar gadis disebelahnya dalam keadaan serba tak kena.

“Irham, awak tak perlu risau. Saya buat macam ni bersebab. Dan awak tau sebabnya Iman Ariana.” Prof Tengku Kamal masih merenung Iman Ariana. Dia kalau boleh tak nak pelajar cemerlang seperti Iman Ariana punyai keyakinan diri yang lemah.

Senyap seketika.

Iman Ariana yang menunduk mengangkat wajah. Dipandang wajah prof Tengku Kamal sekilas dan kembali menunduk. Perlahan bibirnya bersuara.

“Sa,sa…saya terima pr..prof.”

Prof Tengku Kamal tersenyum.

Ya Allah, Kau bantulah anak ini dalam mencari kayakinan dalam dirinya.

“Kalau macam tu, baiklah. Apa-apa maklumat tentang praktikal, awak boleh contact saya, tapi lagi senang awak ambil nombor fon Irham, kan kamu berdua satu tempat.”

Irham yang mendengar namanya disebut sudah teragak-agak mahu menulis nombor telefonnya di atas kertas kecil namun matanya tertancap pada tangan prof Tengku Kamal yang menunjuk tanda berhenti.

Iman Ariana yang tidak perasan keadaan itu, masih menunduk.

Irham faham, prof Tengku Kamal cuma ingin Iman Ariana membuka mulut sendiri untuk meminta nombor telefon Irham. Irham hanya tersegih. Dalam hatinya berbisik.’Kalau dia bersuara, esok jugak aku pinang minah ni.’

Mereka masih menunggu bicara dari bibir halus milik Iman Ariana, namun masing-masing perlu akur. Perkara yang dihajati mustahil akan berlaku. Akhirnya prof Tengku Kamal membenarkan juga Irham menulis sendiri nombor telefonya.

“Iman, awak boleh keluar.” Ringkas prof Tengku Kamal bersuara.

“Haisy, pening kepala saya, mintak nombor fon pun malu. Aduhai.”keluhnya lagi.

“prof, kenapa saya pulak yang prof gandingkan dengan dia?”Irham Hakimi bersuara perlahan. Nadanya persis tidak puas hati. Manakan tidak, teman-teman yang lain, semuanya dapat yang satu kepala. Dia? Dengan gadis kaku bermulut bisu. Argh, pusing kepala. Macam mana nak bekerjasama.

“Irham, saya percaya awak boleh bantu dia untuk belajar berani bercakap dengan kaum lelaki.”

“Saya?” nyata ,nadanya sangat terkejut.

“Iye, awak. Sebab awak orangnya penyabar, penyayang, lemah lembut dengan perempuan, tak bermulut manis macam lelaki gatal,bertolak ansur dan yang paling penting awak jaga batas agama.itu yang saya nak.” Memang tidak dinafikan, segala sifat yang disebutkan ada pada Irham Hakimi.

Irham Hakimi tertunduk malu. Terasa tidak layak dia menerima pujian seperti itu. Ternyata sudah yang dia memang rapat dengan profTengku Kamal sehingga lelaki itu lebih memahami dirinya berbanding dirinya sendiri.

“Saya taklah sampai macam tu. Prof ni dah terlalu memuji.”Irham Hakimi tersipu malu.

“dahlah, tak payah nak malu-malu kucing pulak. Mana tahu, alang-alang dah serasi kerja bersama, si Iman tu boleh cair dengan kamu, siapa tahu. Nah, kan dah dapat bini alim,cantik plus warak lagi tu.”prof Tengku Kamal sudah mencipta angan-angan mat jenin buat pelajarnya.

Irham Hakimi hanya mampu ketawa. Buat lawak aje pensyarahnya ini. Jauh panggang dari api, perkara itu akan berlaku. Siapalah dia dimata Iman Ariana yang sekeras ais itu.

“jawabnya saya ajelah yang bercakap sorang-sorang dekat rumah. Dia, senyap macam tunggul.” Irham berkata disisa tawanya.

“Eh, kamu jangan main-main soal jodoh. Semuanya kerja Allah.”
Irham Hakimi hanya mampu menggeleng.hisy, profnya yang sorang ini, tak habis-habis.

*******

Dikamar, Iman Ariana resah sendiri. Aduh, macam mana aku nak kerja kalau dengan lelaki ni? Argh, ya Allah, tolonglah aku.

Kenapalah sampai hati prof Kamal buat aku macam ni. Selama ini pun, bukan dia sengaja tak nak berbual secara normal dengan lelaki, tapi, dia tak boleh buat. Puas dicuba. Akhirnya dia pasrah. Mungkin ada hikmahnya. Siapa tahu perancangan-Nya kan.

*********

“Err, Iman, Irham, ni akak perkenalkan pekerja di unit ini.”

Hampir terbuntang mata Iman Ariana. Semuanya lelaki diunit itu. Dari kerani, sampai senior engineer. Cuma Kak Sya sahaja yang perempuan. Maklumlah setiusaha.

Aduh, kusut.kusut. sungguh jiwa Iman Ariana sangat kusut. Apa dah jadi ni? Semuanya lelaki. Prof Kamal ni nak bunuh aku ke hapa. Eh, Iman, takdenye orang mati sebab perlu berkomunikasi dengan orang lelaki. Logik sungguh pemikiran Iman Ariana ini.

Irham Hakimi sudah menyengih sampai ketelinga. Dalam hatinya dapat menduga perasaan kalut dijiwa Iman Ariana. Mana tidaknya, pergh, semua lelaki tuh. Haha. Kesian pulak aku tengok minah ni. Macam nak nangis pun ada.

“ok, jom akak bawak kamu berdua jumpa big boss.” Usai diperkenalkan dengan semua staf, diunit itu mereka berdua mula menjejak kaki ke bilik Tengku Zul Asraf. Bigboss yang dikatakan oleh kak Sya.
Jikalau tadi, ketika diperkenalkan kepada staf-staf diunit itu sahaja, Iman Ariana sudah menunduk gaya orang nak rukuk, entah apa gaya pulaklah minah ni nak buat masa jumpa big boss ni. Hati Irham Hakimi menggerutu.

“ok, silakan duduk.” Pelawa Tengku Zul Asraf.

Pada pandangan , Irham Hakimi, bigbossnya memang berkarisma. Dengan kot hitam kemas tersarung, dan rambut yang tersikat rapi, ditambah dengan wajah yang cukup memikat, fuh. Aku nak jadi protege dialah rasanya. Desis hatinya.

Pada pandangan Iman Ariana pula..ops, dia tak pandang .

“Erm, Encik Irham, kawan awak ni ada masalah ke? Saya rasa saya bercakap dekat depan kamu berdua ni, bukan dekat lantai tu.” Tengku Zul Asraf aneh melihat gadis bertudung labuh dan berbaju kurung riau dihadapannya ini. Dari tadi memandang lantai. Apa wajahnya tak cukup hensem ke hendak dipandang?

“Iman, pandanglah depan.” Irham Hakimi berbisik. Namun, Iman Ariana masih menunduk.

“Err, takpelah, awak dah tahukan tempat masing-masing. Lagipun saya sibuk ni. Takpe, awak berdua boleh keluar, tapi apa yang saya nak ingatkan. Pastikan kamu berdua ikut peraturan syarikat. Ingat, markah kamu ditangan saya. By the way, All the best.” Senyuman manis diberi buat mereka berdua.

Sungguh rugi Iman Ariana yang tidak memandang senyuman lelaki kacak itu. Tanpa menunggu. Iman Ariana dan Irham Hakimi masing-masing bangun dari duduk namun suara Tengku Zul Asraf mematikan tindakan mereka.

“Saya nak bercakap dengan awak sebentar, Iman Ariana.”

Iman Ariana kaku ditempatnya. Sekilas pandangannya bersabung dengan pandangan Irham Hakimi namun cepat-cepat dialihkan. Irham Hakimi tak mampu nak berbuat apa-apa untuk membantu rakan seperjuangannya ini. Apakan daya sudah terang dia disuruh keluar, takkanlah dia nak menyibuk lagi semata-mata nak tolong jawabkan soalan buat si Iman ni. Dengan langkah yang bersahaja, Irham Hakimi melangkah meninggalkan dua makhluk Tuhan itu. Iman Ariana pula kembali duduk dan menunduk. Tidak berani menikam pandangan bosnya yang dirasakanya dari tadi merenung tajam kearahnya.

“So, Iman, saya dah tau yang awak ni ada perangai pelik.” Tengku Zul Asraf memulakan bicara. Gadis dihadapan masih tunduk membisu. Aduh, tak sangka parah pulak penyakit budak ni.

“Eh, awak tak sakit tengkuk ke, asyik tunduk dari tadi, saya yang tengok ni pun rasa rimas tau.” Nadanya seperti perli. Namun tiada kesan pada tindakan gadis dihadapan. Masih menunduk.

“Iman,…….” Iman Ariana tetap membisu. Sekilas pun tidak dipandang wajah kacak dihadapan.

“Iman….”

“IMAN!!!!” Jerkahan Tengku Zul Asraf terdengar hingga ke luar kamar pejabatnya. Semua staf beralih pandang ke arah kamar itu sebelum masing-masing berkata. ‘hai, tak start kerja dah kena marah. Biar betul.’

Namun, hati Irham Hakimi berlagu risau. Dia cukup kenal sikap Iman Ariana. Paksalah macam mana pun, kalau dah dari mula dia sukar nak bercakap dengan lelaki itu, sampai kesudahlah dia takkan bercakap. Tiga tahun mengenali sikap pelik gadis itu dari rakan-rakan membuatkannya jadi arif dan lali dengan kepelikan Iman Ariana.

Dikamar Tengku Zul Asraf, Iman Ariana masih diam membisu. Tiada pandangan buat big bossnya, tiada air mata bertakung di tubir mata tanda hatinya terguris dengan tengkingan tadi. Yang ada hanya seorang lelaki yang perasaanya seperti mahu berguling-guling di lantai kerana stress bercakap sorang-sorang.
Peluh jantan merenik di dahi Tengku Zul Asraf. Gadis dihadapannya cukup menguji kesabaran. Tak pernah seumur hidupnya bertemu dengan gadis seperti ini.

‘Aduh, papa, kenapa hantar student macam ni dekat syarikat Zul.’ Keluhnya didalam hati.

“Dahlah,awak boleh keluar.” Akhirnya, Tengku Zul Asraf mengaku kalah.

Mencicit Iman Ariana keluar dan duduk di meja khas buatnya. Semua mata staf diunit itu tertumpu padanya. Malunya, mesti pasal kes kena tengking tadi. Irham Hakimi di sebelah mengerling Iman Ariana. Dia perasan, tangan gadis itu menggeletar. Hisy, takut betul dia.

Tiba, waktu tengahari, semua staf sibuk nak memenuhkan perut. Begitu juga dengan Irham Hakimi. Irham mula megemas mejanya. Tanpa dipinta, matanya terpandang Iman Ariana yang masih khusyuk menulis sesuatu di laptopnya. Eh, tak lapar ke minah ni. Dahlah hati kering, kena tengking, tetap cool, tapi takkanlah perut pun kering kot.

Lalu dengan langkah gentlemannya Irham Hakimi mendekati si gadis beku.

“Err, Iman, jom makan?” Sumpah, aku dah buang tebiat, tak pernah-pernah aku ajak minah ni makan, tiba-tiba hari ni, aku mencemar duli. Fuh, terbaik kau Irham.

Namun, jawapan hampa diterima Irham. Gelengan dari si gadis sudah cukup membuatkan Irham berlalu dengan hati yang hiba.T_T.

Iman Ariana yang bersendirian mula memikirkan kata-kata Irham Hakimi tadi. Dia ajak aku makan? Buang tebiat agaknya.

Iman meneruskan kerjanya. Terasa perut masih belum lapar. Tanpa dia sedari, ada sepasang kaki yang sedang mendekati.

“Cik, Iman Ariana, dah waktu tengahari pun, takkan diet kot.” Suara big bossnya menyapa cuping telinga. Iman Ariana jadi tak tentu arah. Butang keyboard laptop juga ditekan tak kena. Aduh, dahlah tadi, memalukan aku, sekarang ni, tak payahlah nak sibuk-sibuk hal aku. Taulah aku nak makan ke tak. Desisnya .

Tengku Zul Asraf masih berdiri tegak dihadapan meja kerjanya.

‘haisy, susah sangat nak bercakap’

“Dah, bangun. Teman saya lunch.” Arahan.

Iman Ariana kaku. Terhenti segala kerjanya. Makan dengan big boss? Aduh. Mati aku kali ni.

“Awak dengar atau buat-buat tak dengar? Saya kata bangun. Teman saya lunch.” Sekali lagi arahan yang membuatkan jantung Iman Ariana terasa berhenti berdegup.

Dengan debar didada, Iman Ariana akur. Dia bangun juga demi markah praktikalnya yang masih ditangan lelaki itu.

Huh, ikut pun dia. Ini baru first day, papa. Zul dah janji papa, Zul takkan sesekali mungkir.Selagi upaya Zul penuhi, Zul akan cuba.

“Hah, orderlah.” Mereka sudah duduk berhadapan di sebuah restaurant.
Iman Ariana masih membeku. Tak pernah dia mengalami keadaan seperti ini. Duduk berduaan dengan lelaki yang tidak dikenali. Makan berdua. Hanya mereka. Fuh, sungguh ini boleh direkod dalam buku sejarah form 5.

Suasana yang cukup hening diantara mereka membuatkan Tengku Zul Asraf seakan mendengar bunyi cengkerik mendendangkan lagu-lagu berentak balada.

Mengalah. Aku perlu bersuara.

“Iman, saya tau awak tak selesa saya buat awak macam ni. Tapi, awak tak boleh diam macam ni kalau nak bekerja lama di syarikat saya. Awak perlu bersuara. Mana keyakinan dalam diri awak ni? Awak kan seorang pelajar. Selalu buat presentation, takkan ini hasilnya? Saya perlukan seorang pekerja bukan patung cendana.” Tegas ayatnya membuatkan jantung Iman Ariana tersentap laju. Aduh, apa aku nak jawab ni.

Iman Ariana menggaru kepala yang tidak gatal. Memikirkan sebarang bentuk jawapan juga.
Akhirnya Tengku Zul Asraf mengeluh. Soalan yang tiada jawapan.sungguh kesabarannya teruji dengan pekerja yang seorang ini.

Dalam menanti jawapan, fikiran Tengku Zul Asraf, kembali kepada perbualannya dengan papanya minggu lepas.

“papa akan hantar student praktikal ke syarikat Zul macam biasa. Tapi, kali ni, orangnya luar biasa.” Jelas Tengku Kamal.

“Luar biasa?” Hairan menyelubungi fikiran. Apa yang luar biasanya.

“Hah, luar biasanya, sorang student papa ni, orangnya tak berani nak bercakap dengan lelaki. Kalau dengan perempuan ok aje.”

“Haih, ade orang macam tu pa? macam tak percaya pulak Zul dengar.”Tengku Zul Asraf ketawa perlahan.

“Ada sebab kenapa papa hantar dia ke syarikat Zul.” Sambung Tengku Kamal serius.
Tengku Zul Asraf mengangkat kening.

“Papa nak Zul cuba bantu dia.papa ada hantarkan seorang lagi student lelaki untuk bantu Zul. Baik budaknya.”

“Maksud papa?”Tengku Zul Asraf masih kurang jelas.

“Bantu dia supaya belajar berani berhadapan dengan semua orang terutama spesies lelaki macam kita ni.”

“Orang macam tu pa, kita kahwin kan aje, lagi senang husband dia aje yang ajarkan. Tak gitu?” cadang Tengku Zul Asraf.

“Hah, kalau macam tu, Zul ajelah yang kahwin dengan dia.” Cadang Tengku Kamal pula membuatkan anaknya hampir terkena heart attack.
Aku pulak yang terkena.

“Pa, takkanlah Zul nak kahwin dengan orang yang langsung Zul tak kenal. Dahlah dengan pakej, perangai pelik. Hisy, taknaklah Zul.” Komen Tengku Zul Asraf.

“Hei, kamu belum jumpa orangnya. Cantik, Zul. Apa salahnya kamu kahwin dengan dia. Student papa jugak. Lagi pun kamu bukan ada girlfriend lagikan. Umur dah nak masuk 28, tak pernah sekali pun bawak girlfriend jumpa papa, kamu ni gay ke apa.” Lagi sekali peluru berpandu menikam dada si anak.

“amboi pa, tak ingat dunia eh, cakap anak sendiri gay.” Tengku Kamal hanya ketawa mendengar anak tunggalnya berjauh hati.

Lamunan terhenti saat terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga. Mata Tengku Zul Asraf tertancap pada wajah putih bersih dihadapan. Dia tidak nafikan Iman Ariana memang cantik. Berhadapan dengan gadis ini membuatkan dia berada dalam dwipersonaliti. Satu Tengku Zul Asraf yang berdebar, satu Tengku Zul Asraf yang bersabar. Hah, kusut betul.

“Dahlah, jom balik.” Iman Ariana akur . pelik dengan angin bosnya yang tak tentu arah.

Sebenarnya, Tengku Zul Asraf bosan kerana dia seperti berbicara seorang diri. Tak pun adelah mana-mana batu dinding yang sudi mendengar.

Aku kena buat sesuatu. Tekad nya.

********

Irham Hakimi tersenyum sendirian. Dia puas hati. Sepanjang dua minggu dia memenuhi jadual praktikalnya di Pertama Holding, selama itu jugalah Iman Ariana cuba untuk berbicara dengannya. Habis kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi gadis itu betah berkata-kata. Hanya dia yang gadis itu kenali dalam jangka waktu yang cukup lama. Setakat ini Iman Ariana sudah mampu berbual lancar dengannya tanpa sedikit pun nada gagap. Namun untuk diajak bergurau mesra, rasanya perkara itu takkan pernah terjadi antara mereka. Iman Ariana cukup menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi.

Namun senyuman Irham Hakimi mati saat ingatannya teringatkan wajah tampan big bossnya.Bukan dia tidak perasan, Tengku Zul Asraf sentiasa mencari ruang untuk bersama Iman Ariana. Sekejap suruh gadis itu temankan dia bertemu klien atas alasan biar gadis itu belajar perkara baru. Habis, dia juga orang baru, kenapa dia tidak diajak. Pernah juga dia melihat wajah keterpaksaan Iman Ariana menemani big bossnya makan tengahari. Tapi, terpaksa ke Iman Ariana jika yang ingin bersamanya itu merupakan seorang lelaki muda yang kacak ditambah dengan harta bertimbun. Plus pulak, Tengku Zul Asraf bukanlah seorang yang kaki perempuan. Solat dijaga, batas pergaulan juga turut dijaga. Akhirnya Irham

Hakimi meraut wajahnya. Dia sedar, mungkin dia bukan siapa-siapa di mata Iman Ariana. Tiada apa yang istimewa pada dirinya.

Berbeza situasinya di bango milik Tengku Kamal.

Tengku Zul Asraf mengeluh sendirian.

Tengku Kamal yang melihatkan keadaan itu pun mampir mendekati anak tunggalnya .

“Hai, Zul tak baik mengeluh.” Tengku Kamal memulakan bicara.

“Entahlah pa, Zul dah buntu dengan student papa tu.” Tengku Zul Asraf mengurut tengkuknya yang terasa letih. Ada bini best ni, tolong urut. Tiba-tiba ingatannya tertumpu kepada Iman Ariana. Namun, ingatan itu berakhir dengan keluhan berat.

“Zul dah mengalah?” Sinis bunyinya pada pendengaran Tengku Zul Asraf.

“Zul dah buat keputusan.” Soalan dari papanya tidak dijawab namun satu kanyataan diberikan. Tengku Kamal melihat riak serius di wajah anaknya.

“Zul akan lamar Iman Ariana.” Nekad. Terbuntang mata Tengku Kamal. Manakan tidak, mengenali Iman Ariana sahaja baru dua minggu, namun anaknya sudah nekad ingin melamar gadis itu. Semacam tidak percaya pun ada.

“Zul serius ke ni? Tak menyesal?” Tengku Kamal menduga.

“Pa, papa tengok muka Zul ni main-main ke? “

Tengku Kamal merenung wajah putih anaknya. Bukan dia tidak setuju tapi dia tahu akan ada satu pihak yang terluka nanti. Bukan dia tidak tahu, Irham Hakimi turut memendam perasaan terhadap gadis beku itu. Aduh, kalut macam ni, antara pelajar kesayangan dan anaknya sendiri. Nampaknya pilihan Iman
Arianalah yang tidak akan melukakan jiwa sesiapa.

“Esok Zul akan melamar dia.”

“Zul buatlah apa yang patut asalkan tak melanggar hukum agama.” Tengku Kamal tak boleh menolak takdir andai jodoh Iman Ariana memang dengan anaknya. Dia juga bertambah suka dapat bermenantukan gadis sebaik Iman itu walaupun kaku aje budaknya. Mungkin ada yang lebih baik buat Irham Hakimi.

********

Tengku Zul Asraf merenung cincin berlian dihadapanya. Cantik. Secantik tuan yang akan memilikinya. Kaku. Sekaku gadis yang bertahta di hatinya kini. Biarpun disetiap pertemuan mereka, Iman Ariana hanya kaku membisu, namun tetap ada aura dari gadis itu yang menghambat jiwanya ke lembah cinta.

Dengan langkah penuh yakin yang Iman Ariana akan menerima lamarannya, Tengku Zul Asraf melangkah mendekati meja gadis itu.

Iman Ariana yang terkejut mengangkat muka seketika kemudian menunduk menekur meja kembali.
Apa lagi agaknya yang bosnya hendakkan ni. Rasanya masih awal pagi jika dia nak ajak aku jumpa klien. Baru pukul 8.30 pagi. Rungut hati kecil Iman Ariana.

“Ehem, err Iman ikut saya sebentar. Urgent.” Arahan yang membuatkan Irham Hakimi disebelah turut berpaling ke arah dua makhluk Tuhan ini.

Ada keluhan hadir di bibir Irham Hakimi. Pasrah. Itu aje yang dia mampu lakukan. Saban hari menahan perasaan melihat gadis idaman hati keluar bersama bos yang cukup dihormati membuatkan hatinya sebal. Bukan dia tak pernah mempelawa gadis itu keluar, tapi ibarat belum pun mulut bersuara, jawapan ‘tak’ sudah diterima dek kerana setiap kali dia berniat untuk keluar bersama Iman Ariana, pasti Tengku Zul Asraf akan mencelah. Dari situ, dia mula perasan mungkin bossnya menaruh hati pada Iman.

Sudahnya, Irham hanya berdiam diri, mungkin itu yang terbaik buat semua.
Matanya menangkap jasad Iman Ariana yang berjalan dibelakang Tengku Zul Asraf. Hati Irham Hakimi menjadi sakit tiba-tiba. Mengapa Iman Ariana tak pernah menolak pelawaan Tengku Zul Asraf. Mengapa perlu diturut segala arahan lelaki itu. Astaghfirullah, Irham Hakimi beristighfar. Jangan biarkan syaitan membisikkan kata nista di hati. Takut kelak makin hitam hati jadinya.

Biarlah, mungkin Iman Ariana tidak tercipta untuknya.
Hampir setengah jam Irham Hakimi menyibukkan diri di meja kerjanya, telinganya menangkap bunyi derap kaki Iman Ariana kembali ke meja kerja. Cuba diperhati wajah gadis itu. Tiada tanda terlalu gembira, tiada tanda berduka. Hanya wajah yang bersahaja menyambung tugas yang terbengkalai tadi.
Tika jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari, Iman Ariana sudah terpacak di hadapan meja Irham Hakimi. Sungguhlah lelaki itu terkejut. Tidak menjangka gadis itu akan berdiri tegak di hadapannya.

“Ke,kenapa?” Irham Hakimi bertanya saat melihat Iman Ariana menunjukkan jam ditangannya.

“Lunch.” Ringkas. Tiada nada gagap. Mungkin kerana sudah biasa bertanya itu dan ini berkaitan tugasan kepada Irham Hakimi.

Mak aii, hampir nak gugur jantung Irham Hakimi. Iman Ariana ajak dia lunch?? Pergh, sungguh ini akan menjadi sejarah terulung dalam hidupnya.

Dengan semangat waja, Irham Hakimi bangun. Senyuman tak mati sedari Iman Ariana berkata ‘lunch’ tadi. Sungguh gatal rupanya Irham Hakimi ini.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat. Ada hati yang terguris luka.

Sampai sahaja di restaurant Hajah Fatimah, mereka berdua duduk bertentangan dan masing-masing ralit memesan makanan.

Makanan sudah pun terhidang, jamah pun sudah. Namun butir bicara masih kaku di bibir masing-masing seolah-olah mereka berada di perpustakaan yang ada papan tanda bertulis ‘dilarang bising’.

Irham Hakimi tak tahu bagai mana nak mulakan bicara. Sementelah ini pertama kali dia berada di luar situasi formal bersama gadis itu. Selama ini, jika berbicara, hanyalah perihal urusan pejabat sahaja.
Tanpa diduga, Iman Ariana memulakan bicara.

“Kalau awak nakkan saya, hantar rombongan esok. Kalau tak, saya terima lamaran Tengku Zul Asraf. Ok, Assalamualaikum.” Terus, gadis itu pergi.

Irham Hakimi pula yang kaku. APA DAH BERLAKU NI??

Aku dilamar?
Aku terlamar?

Argh, Irham Hakimi mencubit pipinya. Dia tersenyum sendirian. Sungguhlah Iman Ariana bukan sahaja beku tapi, gadis itu memang coollah. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan mengucap syukur tak terhingga. Rupanya dia bertepuk dua belah tangan selama ini. Ya Allah, terima kasih. Engkau memang mengerti hamba-Mu.

********

Sekeping warkah direnung dengan hati yang hiba. Pengirimnya, Iman Ariana binti Iman Arman.
Wajah diraup beberapa kali. Aku perlu redha. Dia bukan untukku. Masih segar diingatan, bagaimana dia melihat dari tirai kamar pejabatnya tindakan berani Iman Ariana mengajak Irham Hakimi keluar makan. Sedangkan bila bersamanya gadis itu seakan patung cendana. Jika bersuara pun, nada gagap tak pernah hilang seakan dirinya hantu sahaja. Semasa melamar pun, gadis itu tetap tunduk membisu. Sudahnya, tiba sekeping warkah dari si beku pagi ini.

Warkah itu direnung lagi.

Assalamualaikum,
Maafkan saya terlebih dahulu atas kata-kata yang mungkin mengguris perasaan tuan. Saya tidak mungkin dapat berbicara lancar dengan tuan, jadi cukuplah warkah ini menjadi pembawa berita tentang hati dan perasaan saya. Maafkan saya kerana tidak dapat menerima lamaran tuan. Anggaplah tiada jodoh diantara kita. Saya cuma berharap tuan akan bertemu dengan gadis yang lebih baik dari saya.

Yang tidak punya kelemahan seperti saya. Tuan layak, kerana tuan miliki banyak kelebihan. Akhirnya, saya berdoa moga tuan bertemu dengan gadis idaman hati. Doakan juga kebahagiaan saya.

Assalamualaikum.
Ikhlas, Iman Ariana Iman Arman.

Tidakkah, engkau tahu Iman, kelemahan itu sebenarnya kelebihan buatmu. Sungguh beruntung siapa yang bergelar suamimu. Kelunakan suaramu hanya buat dirinya.

Mungkin ada yang terbaik untukku. Jika diberi gadis beku seperti Iman Ariana pun aku sanggup terima.

*******

Sah. Sudah sah kini Iman Ariana binti Iman Arman bergelar isteri buat Irham Hakimi.

“Abang, Iman buatkan susu dengan madu ni. Minumlah.” Sungguh lunak merdu suaranya. Tak pernah Irham Hakimi mendengar suara Iman Ariana dilunakkan seperti ini. Jika dahulu bertanya soal kerja pun, nadanya hanya mendatar. Terasa sangat bertuah dirinya dapat memiliki gadis itu.

“Sayang, boleh abang tanya sesuatu.” Gelas minum yang sudah kosong isinya diletakkan di meja sebelah katil. Ditarik tangan isterinya yang sedari tadi berdiri dihadapannya duduk disebelah. Tangannya melingkari pinggang gadis itu. Iman Ariana hanya tertunduk malu.

“Apa dia bang?” perlahan nadanya.

“mana pergi gagap sayang selama ni eh? Siap boleh manja-manja lagi ni dengan abang. Ke sayang buat-buat gagap je selama ni?” ada nada mengusik disitu.

Iman Ariana memandang tepat ke mata suaminya. Tak sangka lelaki itu menuduhnya menipu pula.

“Abang tuduh Iman menipu ke?” merajuk bunyinya. Iman Ariana mula menjarakkan diri dari Irham.

“Alahai, merajuklah pulak sayang abang ni.” Irham Hakimi kembali memeluk pinggang isterinya. Ditarik lembut hidung gadis itu. Sudah, merah padam pulak wajahnya. Hanya ketawa girang sisuami mengisi ruang kamar raja sehari itu. Iman Ariana masih dengan rajuknya.

“Mana ada abang tuduh. Abang tanya kan?” lembut berbisik ditelinga si isteri membuatkan Iman tersenyum . geli diperlakukan sebegitu.

“Memang Iman semulajadi macam tu bang. Iman tak tahu kenapa. Dengan orang lelaki ajnabi, memang Iman akan gagap. Tapi, bila Iman dah biasa kerja dengan abang, Iman rasa Iman memang tak kekok nak bercakap dengan lelaki. Tapi, lelaki tu abang sorang ajelah.” Manja bunyinya membuatkan Irham Hakimi tersenyum.

“Mungkin ini anugerah Allah untuk abang. Suara lunak Iman hanya untuk suami yang Iman cintai aje. Indahkan setiap yang Dia tentukan.” Jujur dari si isteri.

Memang indah. Irham Hakimi bermain dengan jari jemari runcing isterinya.

“Tapikan sayang tau tak abang cemburu sangat tengok sayang ikut aje arahan dari boss kita tu.”

“Abang, setiap kali kami keluar, mesti kak Sya ada sekali. Cuma dua kali aje yang kami keluar berdua. Itupun dekat restaurant yang Iman lamar abang hari tu.” Jelas Iman Ariana. Tak sangka kuat cemburu jugak suaminya ini.

“tapikan, kenapa sayang tolak lamaran boss kita tu?”

“sebab dia pernah tengking Iman, abang tau apa prinsip Iman. Iman perlukan seorang lelaki yang sanggup bersabar dengan penyakit Iman ni. Abang lain, abang tak pernah sikit pun marah Iman walaupun Iman selalu uji kesabaran abang masa mintak abang tolong Iman buat kerja.” Iman Ariana memeluk pinggang suaminya. Kasihnya tumpah di situ. Irham Hakimi tersenyum senang. Persoalan selama ini sudah punya jawapannya.Sudahlah. Irham Hakimi malas bertanya kisah lalu. Biarlah ianya menjadi penutup kisah bujang mereka.

“Sayang, janji setia dengan abang, suara lunak merdu sayang ni, hanya untuk abang aje tau.” Irham Hakimi memegang dagu isterinya.

“InsyaAllah. Bang, abang pun janji akan jadi suami yang didik sayang sampai ke jannah Allah eh?”

“InsyaAllah sayang, abang janji.” Tulus hati si suami. Semoga jodoh kami sampai pada keredhaan Mu ya Allah.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih prof Tengku Kamal kerana mengatur bibit pertemuan rapat kami berdua. Doa hati kecil Irham Hakimi. Kini, bersaksi Tuhan pencipta alam, gadis beku menjadi miliknya.

Maafkan Haris ..

Pagi itu, tidurku rasa terganggu tatkala terdengar bunyi batuk dari bilik sebelah. Ibu, bisik hatiku. Aku sedikit geram dan marah kerana menganggu mimpi indahku bersama kekasih hati. Aku mendengus dengan kuat lalu bingkas bangun untuk mandi. Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian sekolah, aku segera ke meja makan untuk sarapan. Kosong! Aku menggigil kerana menahan amarah yang mula membakar diriku. Aku memanggil nama ibu dengan kuat sekali. Dapat kuperhatikan ibu tergesa-gesa keluar dari bilik sambil mengurut-urut dadanya perlahan. Ibu seakan-akan terkejut mendengar suaraku yang nyaring memanggilnya namun aku tidak sedikit pun berasa kasihan malah tanpa rasa berdosa aku menengking ibu.

“Ibu, mana sarapan Haris? Ibu tahu kan sekarang ni dah pukul berapa?” aku memandang ibu dengan pandangan yang tajam.

“Ibu minta maaf Ris, ibu sakitlah Ris. Ibu tak larat nak masak pagi ni. Ris makan jela apa yang ada kat dapur tu ya?” jawab ibu lembut. Tanpa mempedulikan kata-kata ibu, aku terus masuk ke dalam bilik semula untuk mengambil beg sekolah. Keluar sahaja aku dari bilik itu, aku segera meminta duit daripada ibu. Dengan suara yang sedikit bergetar ibu menjawab,

“ibu tak ada duit lagi la Ris. Dah tiga hari ibu tak pergi kerja sebab tak berapa sihat. Hari ini Ris tak payah belanja dulu eh?” Ternyata jawapan ibu membuatku terus melenting. “Itu la ibu! Ada laki, tak pandai jaga.

Sekarang, ibu tengok. Hidup Ris yang susah!” Aku terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan ibu yang sudah mula teresak-esak menangis. Barangkali terasa dengan kata-kataku.

Balik sahaja dari sekolah, aku tidak mempedulikan ibu yang sudah menyambut kedatanganku dengan penuh mesra. Dapat ku lihat wajah ibu sedikit terkilan akan sikapku. Aku tidak mempedulikan ibu.

Namun jelas di bibir ibu tidak pernah lekang dengan senyuman tidak kira bagaimana pun aku memperlakukannya. Sejak kebelakangan ini, tidurku asyik terganggu gara-gara batuk ibu yang semakin teruk. Aku bingkas bangun dan segera masuk ke dalam bilik ibu tanpa mengetuk pintumahupun memberi salam. 

Ibu menyambut kedatanganku dengan senyuman. Senyuman ibu tidak mampu menyejukkan hatiku yang marah akibat tidurku terganggu dan tanpa sedar aku meluahkan kata-kata yang diluar jangkaan.

“Lebih baik ibu mati je. Hidup macam ni menyusahkan orang je. Nak tidur pun susah!” kataku separuh menjerit. Selesai sahaja aku mengungkapkan kata-kata itu, aku menghempas daun pintu bilik ibu dengan kuat.

Pagi itu aku bangun sedikit lewat kerana tidak dapat tidur dengan lena. Aku segera pergi ke sekolah tanpa memberitahu ibu. Sejak kebelakangan ini, aku sering dimarahi oleh guru kerana mengantuk di dalam kelas.

Seratus peratus aku menyalahkan ibu dalam hal ini. Tiba-tiba mataku tertancap pada tarikh 13 Februari. Tarikh hari jadiku. Tinggal seminggu je lagi. Aku mendengus kasar. Bukan ada apa-apa pun pada hari jadiku nanti. Yang ada cuma nasi berlaukkan ikan masin dan sayur pucuk paku. Aku mendengus. Balik sahaja aku ke rumah, Ibu tiada di rumah. Aku pun malas untuk memikirkan di mana ibu. Tidak penting bagiku. Yang penting sekarang, perutku sudah lapar dan minta untuk di isi.

Seminggu berlalu dan hari ini merupakan hari jadiku yang ke 17 tahun. Aku sedikit malas untuk bangun pagi ini. Dapat ku lihat wajah ibu begitu ceria mengucapkan selamat hari jadi buatku pagi itu. Aku mengelak sedikit ketika ibu ingin mencium dahi dan pipiku. Aku pergi ke sekolah seperti biasa. Tiada apa-apa yang menarik bagiku hari ini. Sungguh membosankan. Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, aku tidak segera balik ke rumah tetapi aku pergi ke Bandar untuk menghiburkan hatiku. aku berjoli dengan teman-temanku kerana mereka sudah berjanji untuk meraikan hari jadiku.

Aku balik agak lewat hari itu. 5 minit lagi pukul sepuluh malam aku lihat perkarangan rumahku terang-benderang. Orang ramai berada di rumahku. Aku berdebar-debar. Aku kaku sebaik sahaja melihat sekujur tubuh yang kaku terbaring di ruang tamu. Aku memberanikan diri untuk membuka kain yang menutup wajah jenazah itu. Tanganku terketar-ketar pabila melihat orang itu adalah ibu!

Aku meraung sekuat hati dan cuba untuk menggerak-gerakkan badan ibu supaya ibu bangun. Segelintir tetamu yang hadir mengesat airmata melihat situasi itu. Pak Ngah segera mendekatiku dan memelukku serta meminta aku untuk bersabar. Tiba-tiba aku lihat Mak Ngah datang ke arahku dan membawakan sebiji kek yang tertulis namaku.

“Ibu Haris sendiri yang buat kek ini pagi tadi. Ibu Haris lama tunggu Haris tapi Haris tak datang- datang. Tak sangka pulak dalam dia menunggu Haris, penyakitnya datang menyerang. Tapi Ibu haris sempat tinggalkan nota ni sebelum dia hembuskan nafas terakhir petang tadi. Merata-rata kami cari Haris tapi Haris tak jumpa.”

Kata Mak Ngah sayu. Tangisanku semkain nyaring tatkala melihat kek itu. Tanganku segera mencapai nota yang dimaksudkan oleh Mak Ngah lalu membacanya.

Anakku,

Tahun ini, ibu dah buatkan kek yang Haris impikan itu. Ibu tahu, sepanjang hidup Haris, Haris tak pernah meraikan hari jadi Haris. Salah ibu juga. Ibu betul-betul tak mampu Haris. Ibu sedar, ibu tak layak jadi ibu yang baik buat Haris. Walaupun sakit, ibu gagahkan juga diri untuk bekerja agar dapat buat sendiri kek ni untuk Haris. Cantik kan Haris? Khas untuk Haris. Haris, ibu tak kisah Haris nak layan ibu macam mana tapi ibu nak Haris tahu, Ibu sayangkan anak ibu ni sangat-sangat. Doa Haris pagi tu, mungkin akan jadi kenyataan. Ibu akan pergi dan tak akan susahkan Haris lagi. Tak akan ganggu tidur malam Haris lagi. Haris jaga diri ya nak? Ibu sayang Haris.. Selesai membaca nota itu, aku meraung sekuat hati lalu rebah tidak sedarkan diri. Ternyata aku terlalu banyak dosa kepada ibu. Sakit kanser paru-paru yang dihidapi ibu sudah masuk ke peringkat akhir. Kenapa aku tidak menyedarinya? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Malam berikutnya, aku tidak dapt tidur. Aku rindukan suara batuk ibu. Aku rindukan senyuman ibu. Aku rindukan ciuman ibu di pipiku. Sungguh aku terlalu merindui ibu. Yang aku kesalkan, kenapa aku tergamak mendoakan supaya ibu cepat pergi. Terlalu banyak dosaku terhadap ibu. ‘Ya Allah, kau ampunilah dosaku dan Kau tempatkanlah ibu di tempat orang yang solehah. Aku sayang ibu. Maafkan Haris, ibu.’ Akhirnya aku tertidur sambil mendakap kemas baju terakhir yang ibu pakai sebelum dia meninggal dunia.

Cerpen Perfectly Imperfect

“Hye beauty. How lucky… preety woman with a handsome man.” Suara itu membuatkan aku berpaling ke kiri. Dia cakap dengan aku ke?

“Are you talking with me?” soalku meminta penjelasan. Kalau ikutkan hati aku yang masih ber-lava gunung berapi, mungkin sudah ku sembur lelaki ini tetapi mungkin juga aku yang tersalah mendengar. Nantikan tak pasal-pasal menangung malu. Perasan siot…

“Yeap! Sweet couple, right? You are beauty and I am handsome.” Sengihnya menampakkan gigi. Sah, mamat ni terkena virus kebanggaan diri yang melampau. Kalau dia puji aku cantik, biasalah. Ayat-ayat manis lelaki yang nak mengorat tapi mamat ni bukan sahaja memuji aku malah turut memuji diri sendiri. Yucks… wujud jugak mamat perasan macam ni?

Oh my God, macamanalah aku dapat bertahan duduk bersebelahan dengan dia dalam kapal terbang ni? Hah, itu nasib baik hanya ke Singapura, kurang sejam aku sudah sampai cuba kalau aku di takdirkan bersebelahan dengannya ketika ke London? Takpun ke Korea? Haih, mahu cair tahi telingaku.

“Seorang je ke?” soalnya apabila aku hanya berdiam. Hmm, mamat ni mengingatkan aku akan lelaki yang berjaya membuatkan aku mengambil keputusan sedrastik ini. Mamat gatal!

“Awak ni cantiklah. Dah ada boyfriend? Kalau takde saya boleh je isikan kekosongan tu. Lagipun, saya dapat rasa masa depan kita bakal cerah bersama.” Sambung lelaki itu lagi setelah pertanyaannya tidak mendapat jawapan balas daripadaku. Aku ketawa dalam hati. Lawaknya mamat ni. Kenal nama pun tidak, sudah berjaya merasakan masa depan bersama. Aku hanya menggelengkan kepala, cuba menahan geli hati yang semakin menjadi-jadi.

Tanpa menghiraukan si dia, aku menyandar ke kerusi lalu menutup mata lama. Cuba untuk melelapkan diri. Melihatkan aku yang seperti tidak berminat, dia merengus perlahan. Alhamdullillah, aman jugak akhirnya.

“Hye you… so beautiful. Alone?” selang beberapa minit, suaranya memekak lagi. Sebelum sempat aku membuka mata, suara gedik manja seorang perempuan kedengaran. Tahulah aku yang dia sudah menemui mangsa baru.

“Yeah, alone. You?” soal perempuan itu pula. Dan… jeratnya mengena.

“Sama. You ni cantiklah.” Puji lelaki gatal itu dan perempuan itu tentunya hanya tersenyum menahan malu. Hmm, typical seorang wanita apabila di puji. Tanpa sedar hatiku menjuih.

“You ni kan, ada-ada je lah. You pun kacak. Bla.. bla…bla…” Oh, saling berbalas pujian. Bagus, nampaknya seri satu sama.

Perbualan mereka membuatkan aku rasa nak termuntah dan ternyata ayat-ayat cinta ciptaan mereka berdua membuatkan tidurku tidak sampai ke ruang mimpi. Wah, hebat penangan mereka!

Alah, dasar lelaki hidung belang. Semua perempuan di layannya.

__________________________________________________

“Okey, kalau ada masa I call you.” Suara garau itu membuatkan aku berpaling ke belakang. Lelaki itu yang sedang asyik melayan perasaan sambil memegang beg di tangan kiri dan sehelai kertas kecik di sebelah kanan ternyata tidak menyedari kehadiran aku di hadapannya.

Aku yang juga terkejut hanya mampu mencelikkan biji mata.

Alamak, lelaki ini lagi. Tak habis-habis menyusahkan hidup aku.

GEDEBUP!

Sebelum sempat hatiku menyumpah seranah makhluk ini, badanku terlebih dahulu di tolaknya.

“Argh, sakitlah mangkuk.” Aku mengeringai kesakitan.

“Ops, sorry.” Lelaki itu yang turut terjatuh di sebelahku menunjukkan wajah tak bersalahnya. Tersengih dia memandang kaki aku yang telah di hempap begnya. Wajahnya memerah kerana menahan ketawa. Mak… sakitnya hati aku!

“Sorry, sorry jugak. Beg tu tak reti-reti nak angkat ke?” bentakku geram. Mamat ni memang bala bagi aku la. Kalau ada dia, mesti ada je benda yang tak kena berlaku kat aku. Tanpa banyak cakap, beg yang berada di kakiku di alih ke tepi. Lenganku di pegangnya kejap.

Perlahan-lahan aku di tariknya supaya bangun. Mengenangkan kaki aku yang sedang kebas membuatkan aku menerima pertolongannya tanpa banyak soal.

“Tengok, kan saya dah cakap. Kita ni berjodoh. I can see our future.” Matanya di kenyitkan. Bibirku di ketap perlahan.

Walaweh, waktu genting macam ni pun sempat lagi dia pasang umpan.

“Kalau ini lah namanya jodoh, saya lebih rela kena langgar kereta.” Tanpa berfikir panjang, laju bibirku menutur kata-kata.

“Isy, mulut.” Laju dia memotong kata-kataku. Marah benar dia mendengar jawapan balasku. Eleh, bukannya kitorang benar-benar berjodoh pun.

Rilexlah…

Dan aku hanya gelak apabila melihat mukanya yang sudah seperti sup bunjut adabi. Cemberut je.

________________________________________________

Rumah itu ku pandang lama. Hmm, nampak gayanya untuk beberapa tahun selepas ini aku terpaksa tinggal di sini. Nasib baik bos aku baik orangnya. Selepas aku ceritakan masalah yang terjadi, terus sahaja dia menawarkan aku kerja di cawangan ini. Itulah untungnya kalau bos tu perempuan, senang nak berbicara dari hati ke hati.

Walaupun mama dan papa menentang keras namun aku tetap dengan keputusanku. Maruahku bukan perkara main-main. Sekali di pijak, aku akan pastikan ianya takkan berlaku untuk kali yang keduanya.

“Dahlah Liz. Cerita ini kan dah habis. Sepatutnya Liz berterima kasih kat Azif. Kalau bukan dia pergi serang mak cik-mak cik mulut bertih jagung tu dan mengaku yang korang ni dah bertunang dan bakal berkahwin, mungkin sampai sekarang diorang takkan berhenti menembak.” Ujar mama panjang lebar.

Aku mencebik. Berterima kasih? Pada lelaki yang bertanggungjawab kepada semua permasalahan yang aku hadapi kini?

“Benda ni bukan main-main ma. Maruah Liz dah tercemar sebab benda tu.” Aku mengeluh berat. Entah apalah dosa aku yang aku lakukan pada dia sampaikan begini sekali dia membalasnya.

Dan… walaupun sehari sebelum keberangkatan aku, berita itu sudah diam sepenuhnya namun apa yang aku rasakan dalam seminggu itu membuatkan aku tak mampu bertahan.

“Hey, it is you?” aku berpaling ke belakang. Aduh, musibah apakah lagi?

“Kan… saya dah agak. Awak tinggal kat sini ke?” soal lelaki itu lagi. Lelaki yang membawa bala kepadaku. Tersengih-sengih dia memandangku. Ku cuba untuk tersenyum. Mungkin Allah temukan aku dengannya kerana sikapku terhadapnya yang agak mengecewakan. Dan aku harap selepas senyuman ikhlas lahir dari hati ini mampu untuk menyahkan dia dari pandangan mataku.

“A’ah, saya tinggal kat sini.” sepatah jawapanku lalu aku cuba untuk beredar. Pintu rumah ku buka.

“Maaf, saya ada hal penting. Tak boleh nak berlama-lama.” Ujarku yang masih cuba untuk memaniskan muka. Peliknya, lelaki itu hanya mengangguk.

“Kejap!” halangnya sebelum sempat pintuku tertututp rapat.

“Ya?”

“Mungkin awak memang jodoh saya. Hari ini dah tiga kali kita terserempak.” Ujarnya. Aku tersengih kecil. Mamat ni memang tak habis-habis dengan jodoh dia. Kepalaku tergeleng perlahan.

“Tiga kali terserempak tak semestinya jodoh. Mungkin kali ini adalah kali terakhir kita berjumpa.” Ujarku pula cuba untuk mematikan hujahnya. Mamat playboy sepertinya memang tak pernah menjadi pilihan aku apatah lagi perangainya ternyata sebijik dengan mamat gatal, musuhku.

“Nama saya Razif Hakimi dan saya sebenarnya…”

“Erm, macam ni lah Encik… Hakimi kan? Saya harap pertemuan kita ni biarlah yang terakhir. Seberapa banyak cara sekalipun awak guna, saya tetap takkan jatuh dalam perangkap awak. Lagipun saya… haih, I hate playboy too much.” Selesai mengucapkan kata-kata itu, laju aku menutup pintu tersebut. Semakin lama aku melayan mamat ni, semakin gila aku jadinya.

__________________________________________

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang bersesuaian untukku kini. Aku ingatkan kelmarin adalah kali terakhir kami berjumpa tapi rupa-rupanya hari ini aku terpaksa juga menatap wajahnya.

“Hye, see you again.” Dia tersengih persis kerang busuk sambil badannya di sandarkan ke kereta Honda City yang berwarna biru. Aku mengeluh berat.

“Hai…” lemah suaraku membalas. Sesungguhnya lelaki ini telah memusnahkan hariku.

“Err, sebenarnya semalam saya nak bagitahu yang kita ni berjiran.”

“What?” menjerit kecil aku apabila mendengar katanya. Berjiran? Huh, kenapalah aku kurang bernasib baik apabila melibatkan jiran?

Dan yang paling teruknya ialah hari-hari seterusnya juga, aku tak dapat lari daripadanya.

Hari-hari seterusnya…

“Liz, awak kerja kat mana?” soal Hakimi apabila aku baru pulang dari kerja. Malah belum sempat aku buka pintu kereta, dia sudah setia menunggu di luar rumahku. Rimas aku dengan mamat ni.

“Yang awak sibuk nak tahu saya kerja kat mana ni kenapa?” soalku geram. Aku dahlah baru balik kerja, ingatkan bolehlah rehatkan kepala otak sikit.

“Mana tahu kalau-kalau tempat kerja kita pun dekat. Kita kan berjodoh…” aku tarik nafas panjang lalu menghembusnya kasar. Kadang-kadang Hakimi ni boleh menyumbangkan penyakit darah tinggi kepadaku.

“Kimi, awak ni tak habis-habis dengan jodoh awak tu. Saya cakap saya tak suka awak maknanya SAYA TAK SUKA AWAK. Dahlah playboy!” marahku. Hakimi terdiam. Aku yang berura-ura ingin membiarkan dia begitu saja mula berlembut hati.

“Maaflah, Kimi. Saya baru balik kerja dan saya penat, sebab tu saya merapu sesuka hati.” Ujarku perlahan, tidak mahu dia terasa dengan kedinginanku. Walaupun itulah niatku yang sebenarnya.

“Hah, saya dah agak! Awak akan pujuk saya jugak. Okey, kali ini saya maafkan awak sebab kita berdua masih belum ada apa-apa hubungan. Tapi… lepas saya jadi suami awak, awak tak boleh marah-marah saya lagi tau.” Ujar Hakimi kembali ceria.

Aku mengeluh. Menyesal!

______________________________________________

“Liz, awak nak makan apa?” soal Hakimi sambil membelek-belek menu di tangannya. Hmm, apalah malangnya nasib aku hari ni. Dalam banyak-banyak restoran, kenapa restoran ini jugak yang menjadi pilihan. Tak pasal-pasal aku terserempak dengan Hakimi.

“Yang awak duduk kat sini ni kenapa? Bukan awak datang dengan perempuan tu ke?” soalku hairan. Tanpa di undang, Hakimi menyertai makan tengahariku. Dah tu pulak, dia meninggalkan perempuan yang bersamanya sebentar tadi. Panjang sedepa mulut kawan tu.

“Alah, saya dah banyak kali keluar makan dengan dia. Biarkan je lah. Hari ni saya nak makan dengan awak, kali pertama ni tau. Wah, excited.” Beritahunya sambil menunjukkan keterujaannya. Mamat ni memang tak berperasaan. Lelaki inilah playboy yang paling pelik aku pernah jumpa. Tamaknya Ya Rabbi, tak boleh nak cakap. Dah ada perempuan depan mata, tetap nak usha perempuan lain. Aduh, malangnya nasib isterinya kelak.

Razif Hakimi memang lelaki pelik. Kadang-kadang sikap playboy dia membuatkan aku pening kepala, kadang-kadang sikap keanak-anakan dia membuat aku kerisauan. Kalau tiba masa dictator dia, fuh! Boleh mati terkujat aku jawabnya.

“Hmm, bagi saya fresh orange dua.”aku mengerutkan dahi. Banyaknya si Kimi ni minum.

“Bagi saya jus tembikai.” Ujarku pula. Dia merenungku tajam seolah-olah sedang memberi amaran.

“Tak payah, saya dah order fresh orange untuk awak.”

“Apa kena mengena fresh orange awak dengan saya. Saya nak minum jus tembikai.”

“Mana boleh. Hari ni saya nak minum fresh orange.”

“Awak nak minum, minum jelah. Saya taknak.”

“Saya kata tak boleh, tak bolehlah. Saya nak awak minum apa yang saya minum.” Kata-kata dia membuatkan kami saling beradu mata. Tajam mataku merenung dia. Tidak mahu kalah, dia juga tanpa gentar menyahut cabaranku. Ya ALLAH, entah apa yang tak kena dengan dia hari ini.

“Maaf encik, cik… nak air apa sebenarnya ya?” aku pandang wajah waiter tu yang terkulat-kulat. Mungkin dia juga pening dengan karenah pelanggan yang ini. Kasihan dia…

“Adik bagi je fresh orange satu, jus tembikai satu.” Ujarku perlahan, namun begitu aku tetap tidak mahu kalah. Aku memandang wajah Hakimi yang nyata tidak puas hati. Aku peduli apa.

“Dua fresh orange. Dah, pergi cepat.” Arahan Hakimi membuatkan waiter yang memakai tag nama Azmi itu laju beredar. Ah, aku kalah lagi.

__________________

“Liz, mama dah terima pinangan dia. Suka atau tidak, Liz kena terima.” Kata mama tegas. Ketegasan mama yang sekian lama ku maklum membuatkan aku sedar yang aku sudah tiada jalan keluarnya. Suka atau tidak, aku perlu terima dia. Terima dia seadanya.

“Mama, Liz bukan taknak. Masalahnya kitorang berdua bagai langit dengan bumi. Berbeza!” aku juga cuba untuk bertegas. Masakan aku mahu terima lelaki sepertinya sebagai seorang suami. Mahuku hanyalah seorang suami yang sempurna. Sempurna di mataku sekurang-kurangnya.

Baik, warak, berharta, hmm… kacak? Bagi aku semua makhluk kacak dan cantik oleh itu aku tidak menetapkan syarat ‘kacak’ itu dalam list suamiku kelak. Baik itu susah di cari. Bagi aku cukuplah baik yang menghormati orang tua dan diriku sendiri. Warak itu lagilah susah untuk di cari. Oleh itu, aku tak minta dia berjubah dan berserban 24 jam, 7 kali seminggu mahupun 365 hari setahun. Apa yang aku minta hanyalah calon suami yang cukup amal ibadahnya, cukup solat lima waktunya dan cukup puasa sebulan dalam bulan ramadhan. Berharta itu bagi aku pula adalah bonus. Aku tak minta lelaki yang mempunyai asset di dalam dan di luar negara. Apa yang aku mahu hanyalah berharta yang mempunyai sebuah rumah untuk kami membina keluarga bahagia dan cukup sebuah kereta untuk kami ke mana-mana. Hanya syarat yang mudah. Itu kesempurnaan di mataku. Tapi lelaki itu tidak memenuhi kesemua syaratku.

“Perbezaan itu menciptakan kesempurnaan.” Ujar mama lagi dan aku tetap membisu.

“Kita semua tiada yang sempurna dan kerana itu kita di panggil manusia.” Mama masih mencuba nasib. Aku masih tetap membisu.

“Kesempurnaan itu akan muncul kalau kita yang tidak sempurna berjumpa dengan dia yang juga tidak sempurna.” Aku mengeluh berat. Tapi apa yang aku mahukan bukanlah keterlaluan. Itu semestinya perlu kerana dia adalah lelaki yang aku akan hidup bersama buat selamanya. Aku tak mahu perkahwinan yang pertama ini berakhir sebegitu sahaja. Kahwin tiada yang pertama mahupun yang terakhir kerana yang ada hanyalah selama-lamanya. Susah ke untuk mama mengerti?

“Ma… mama rela ke tengok Liz hidup dengan dia? Mama tak takut Liz menderita?” soalku perlahan.

Aku tidak mahu mama mengesan rasa sebak yang mula bertandang. Aku jarang menangis dan aku taknak air mata aku mengalir kerana dia. Aku tak rela.

“Tiada siapa yang boleh menentukan kebahagiaan kita, Liz. Kita sendiri yang mencorakkan kebahagiaan kita. Nak bahagia, kita kena mencuba. Liz tak perlu nak harapkan dia untuk membahagiakan Liz kalau Liz sendiri tak yakin untuk membahagiakan diri sendiri.” Ujar mama panjang lebar. Aku yang berada di hujung talian hanya kaku mendengar nasihat mama.

Ya, betul kata mama. Aku perlu mencuba dan berusaha untuk bahagia. Tapi…

“Kalau Liz tetap tak bahagia?” soalku pula. Kali ini mama pula yang terdiam. Haih, macamana mama boleh yakin aku akan bahagia kalau bersama dengan dia sedangkan aku sendiri yang empunya badanjuga tidak yakin meskipun 1%?

“Liz kenal dulu dengan dia. Majlis kahwin kan tiga bulan dari sekarang.” aku mengeluh. Tiga bulan? Singkatnya masa untuk mengenal hati budi. Argh, dia ada hati budi ke? Kalau hati, mungkin ya tapi budi…

“Biarlah ma. Liz dah kenal dia dan Liz tak rasa persepsi Liz terhadap dia akan berubah dalam masa beberapa bulan tu. Mama tak payah risau, kalau memang jodoh Liz dengan dia pasti Allah akan mempermudahkan.” Ujar aku perlahan.

“Baguslah Liz.”

“Tapi… kalau dalam masa tu pelbagai benda yang terjadi, mungkin benar jodoh kami hanya sampai di situ. Liz harap mama redha.” Kali ini aku masih mencuba.

Mama tetap dengan harapannya untuk menerima ‘hantu’ itu sebagai menantu. Entah apa yang dia buat sampai mama turut terkesan dengan ‘kebaikan’ dia. Kenangan lama mula mengusik ingatanku yang tersimpan kukuh.

Azif! Jiran kami di Kuala Lumpur. Jiran selama seminggu tetapi pelbagai versi cerita mengenainya menjadi cerita sensasi di setiap mulut manusia di kawasan itu dan kalaulah binatang boleh bercakap mungkin semuanya sibuk berbicara mengenainya. Semua sibuk ingin melaporkan aktiviti hariannya kepada kami sekeluarga. Siapa tidak kenal dia? Lelaki yang tidak boleh tengok perempuan berdahi licin. Semuanya mahu di sapunya. Balik rumah lewat malam dan kalau awal tentu ada sahaja wanita yang di kendongnya bersama.

Dan kerana dia jugalah aku lari dari tanah airku sendiri. Benci kepadanya membuatkan aku sudah tidak sanggup berada di dalam negara yang sama dengannya dan kalau boleh atap rumahnya juga tidak mahu ku pandang. Dan… untuk mengelakkan mataku dari terpandangkan atap rumahnya, atap rumahku yang bersebelahan dengan atap rumahnya juga terpaksa di lupakan.

Wajahnya? Aku bersyukur sangat kerana tidak pernah memandang wajahnya. Perkenalan kami berlangsung tanpa saling menatap wajah. Aneh bukan? Tapi kerana perangai puaka dia, aku yang menjadi mangsa.

Ketika itu, mungkin dia bersendirian di rumahnya dan aku pula baru balik dari kerja. Mungkin kerana sikapnya yang liar, ramai yang menunggu masa untuk dia menerima akibatnya. Ya, akibat itu memang terkena padanya tetapi yang menjadi masalah adalah aku turut berada dalam ‘akibat’ yang sama.

Kesibukan di pejabat membuatkan jadual kerjaku sedikit lari dari asalnya. Kerana menyiapkan kerja, aku terpaksa bermalam di pejabat sehinggalah pukul 2 pagi. Suasana malam itu membuatkan aku memandu kereta dengan laju menuju ke kawasan perumahanku. Keselamatan orang lain sudah tidak aku hiraukan kerana apa yang aku tahu tiada walau seorang manusia pun yang akan merayau-rayau ketika malam semakin hilang.

Tetapi entah di mana silapnya, kehadiran lelaki yang tidak ku kenali di hadapan rumahku mengecutkan perutku. Lelaki itu terbaring lesu. Kalau tidak mengenangkan aku perlu melanggarnya untuk masuk meletakkan kereta di halaman rumah, pasti aku akan membiarkan sekujur tubuh miliknya menikmati angin sejuk pada pagi itu.

Ingin mengalihkan badan itu seorang diri, aku tahu aku takkan berhasil. Lalu, nombor rumah di dail. Nasib aku baik kerana panggilanku di sambut mama. Kepada mama aku ceritakan segalanya. Aku menyuruh mama dan papa turun membantu. Papa melarang aku keluar dari kereta sebelum mereka tiba kerana papa khuatir manusia itu adalah orang jahat yang berpura-pura pengsan. Tapi tahapsabarku tidaklah terlalu memberansangkan.

Aku turun dari kereta. Aku cuba mengangkat tubuh sasa lelaki itu. Dalam kepekatan malam, aku tidak dapat mengenal pasti siapakah dirinya.

“Astaghfirullahaladzim… anak berdua di tangkap berkelakuan tidak senonoh di kawasan perumahan.” Aku terpaku dengan kehadiran lima orang lelaki berkopiah.

Ketika itu baru aku sedar yang aku sudah terlambat. Di satu sudut, papa dan mama memandang sayu ke arahku yang sedang memangku seorang lelaki. Walaupun mama dan papa tahu perkara yang sebenarnya, mereka yang pertama ‘menangkapku’ sudah salah faham akan situasiku yang sebenar. Aku betul-betul terlambat.

___________________

“Ina, bukan budak perempuan tu ke yang menjadi mangsa Azif semalam?” suara sumbang itu menarik perhatian aku. Aku tahu siapa yang mereka bicarakan. Dan hati aku hanya mampu bersabar.

Tenang Liz Aulia, tenang…

“Kenapa dengan semalam?” soal wanita tua yang di sebelahnya pula.

“Kau ni Leha. Kata paparazzi, takkan kisah gempar macam ni kau boleh tak tahu.” Juih perempuan tua itu. Aku hanya mampu tersenyum sinis. Ingin berlalu, nasi bungkus yang baru ku order masih belum sampai.

“Ini kes terbaharu. Pak imam sendiri yang tangkap. Si Azif dengan budak tu tengah berpeluk depan rumah. Uish, perangai budak-budak sekarang ni. Nauzubillah…” hah, itu suara mak Ina.

“Kau biar betul, Ina? Tak sangka aku, nampak macam budak baik-baik…”

“Budak sekarang ni, hipokrit. Nampak baik tapi sebenarnya jahil.” Sampuk Mak Jah pula. Haih, ini yang buat aku angin satu badan. Kalau sorang dua yang mengata, In Shaa Allah aku boleh lagi tahan tapi kalau dah tiga mulut puaka yang bersuara, aku rasa sampai di sini sahajalah cik sabar.

Kesabaran Liz Aulia ada batasnya juga. Selesai mengguruskan pembayaran, laju kaki aku menuju ke meja makcik bertiga itu yang asyik bermesyuarat tingkap. Melihat akan diriku yang semakin menghampiri, Mak Ina dan Mak Leha mula resah gelisah. Hah, tahu takut.

Tapi mak Jah ni memang brutal. Semakin aku dekat, semakin sinis senyuman di hulurkan kepadaku.

Hmm, siapa tak kenal mak Jah? Permaisuri gossip perumahan Impian.

“Hah, ada apa kau? Tak puas hati kitorang cakap-cakap fasal kau?” fuh, mulut! Dah tahu buat dosa mengumpat, diam-diam lah makcik oii…

Aku duduk di kerusi yang masih tinggal satu kosong. Nafas ku tarik panjang.

“Mak Jah cerita fasal saya ke tadi? Saya ingatkan mak Jah cerita fasal Jessy… ops, silap pulak… Jemah. Ingatkan bolehlah join. Saya ni bukan apa, nak lah jugak tambah-tambah mana yang kurang tu. Saya dengar-dengarnya si Jemah tu duk berdangdut sakan semalam. Kesian Mak Jah ya, itulah mulut tu tak reti nak duduk diam. Asyik berceri…ta aje. Sampaikan anak entah ada entah tidak kat rumah tu ya?” balasku tanpa henti. Mak jah dah terkulat-kulat memandang wajahku. Dahinya yang berkerut-kerut seakan-akan memberi amaran supaya aku berhenti berbicara mengenai anaknya.

“Kau ni, Liz. Memang kurang ajar ya? Dah tahu baru pindah, buatlah cara macam baru pindah.” Jerkah Mak Jah. Merah padam muka dia memanadang mukaku. Tapi aku peduli apa? Dah dia yang mulakan dulu, takkan aku taknak menamatkannya. Aku bangkit dari kerusi. Plastik berisi nasi bungkus ku angkat.

“Sekurang-kurangnya kurang ajar saya baru hari ni.” Selesai aku menjawab kata-katanya, laju je aku
berlalu. Fuh, kecut perut woi.. Apa tidaknya, ini adalah kali pertama aku menyertai debat dengan makcik yang sebaya mamaku. Kalau tahu dek mama ni, confirm merah padam telingaku kena piat.

_______________________

“Ehem…” deheman lelaki itu membuatkan aku yang tertunduk memandang kaki, mula mengangkat muka. Kenangan lama mula terbang ke udara. Bibirku mengukir senyuman.

“Macam ada yang tak kena je ni. Biasanya kalau saya datang, bukannya awak suka pun. Ini siap bagi senyuman lagi. Apa macam? Sudah jatuh cinta ke?” entah kenapa kata-katanya yang pernah di ucapkan dulu kedengaran lagi. Kali ini bukan marah yang ku hamburkan tetapi gelak ketawa yang panjang. Hah, aku sudah gila. Gila memikirkan keputusan yang di ambil mama.

“Liz, are you okay?” soal Hakimi. Jelas riak kerisauan terukir di wajahnya. Gelakku mati. Hakimi melabuhkan punggungnya di sebelahku.

“Saya tak rasa awak okey. Let me know, any problem?” soal Hakimi. Aku mengeluh berat.

“Salah ke kalau saya nak lelaki yang sempurna sebagai pendamping saya nanti?” soalku perlahan. Tiba-tiba terasa sebak sekejap. Argh, aku tak mahu kahwin dengan dia. Hakimi terdiam lama. Soalan aku tidak di jawabnya. Lama kami begitu sehinggalah…

“Sorry, tetiba pula sedih pilu petang-petang macam ni. Eh Kimi, saya masuk dulu la.” Birai mata ku sapu perlahan. Aku tarik nafas panjang. Tanganku di pegang sebelum sempat aku berlalu.

“Sempurna di mata awak, belum tentu sempurna di mata orang lain dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak tahu samada dia sempurna bagi awak ataupun tak, awak perlu kenal dia sepenuhnya. Manusia boleh berubah, Liz.” Aku kaku mendengar bicaranya.

_____________________________

Hari selepasnya aku dan dia kembali seperti biasa. Dia mengusik manakala aku terusik. Aku mengata manakala dia pula terasa. Tanpa sedar sudah lama kami berjiran dan bulan depan adalah majlis perkahwinan aku dan Azif. Majlis yang aku sendiri tidak persetujui.

Mama dan papa semakin seronok bercerita mengenai persiapan kahwin. Dan aku hanya berdiam. Ingin menolak, aku sudah terlambat. Ingin menerima, aku masih tidak bersedia. Lantas, aku hanya membiarkan semuanya berlalu mengikut peredaran masa.

“Bye Liz. Jumpa petang nanti.” Ayat yang sama di ucapkan untukku setiap hari. Aku hanya menjeling sekilas.

Dahiku berkerut. Eh, mana kunci kereta aku? Sebelum sempat otakku berfungsi, terdengar gelak jahat daripada luar. Tahulah aku siapa puncanya. Pintu kereta ku buka.

“Kimi, saya dah lambat ni. Bagi balik.” Marahku. Geram betul aku dengan perangai tidak senonohnya ini. tapi seperti biasa amaranku seolah-olah lawak jenaka baginya. Semakin lantang dia ketawa.

Panas hati betul!

“Kimi…” mataku di jegilkan.

“Okey-okey, saya bagi. Nah, sambut.” Sebelum sempat aku bersedia, kunci keretaku di lemparnya tinggi.

“Ops, sorry.”

Bibirku di ketap geram. Mama, sakitnya hati…

Aku berjalan beberapa langkah setelah menyedari kunci keretaku telah jauh tersasar.

“Liz…” aku terpaku apabila mendengar jeritan Hakimi. Kereta yang semakin hampir juga membuatkan aku kecut perut. Ya ALLAH, selamatkanlah hambaMu ini.

___________________________

Aku terdiam lama di atas katil milikku. Aku masih lagi terkejut dengan apa yang telah berlaku. Alhamdulillah, ALLAH selamatkan aku ketika itu. Kalaulah pemandu tersebut tidak memberhentikan keretanya, mungkin sudah lama jenazah aku di bawa pulang ke Malaysia.

Nasib baik Hakimi ada ketika itu. Setelah kereta itu berlalu pergi, aku hanya terduduk di tengah jalan dan Hakimi yang mengheretku ke tepi jalan. Aku masih trauma. Kakiku langsung tidak bergerak. Aku dapat rasakan yang Hakimi juga terkejut dengan apa yang berlaku. Bahkan, masih terasa dinginnya tangan dia ketika dia memegang erat tanganku. Nasib baik pagi itu, jalan masih lenggang. Kalau tidak, boleh hancur berkecai badanku. Argh, Allah punya kuasa. Untuk apa di ‘kalaukan’.

“Kak Suraya, dah masakkan bubur untuk Liz?” soal Hakimi. Jururawat yang bernama Suraya itu hanya mengangguk.

“Hmm, ambilkan sekarang lah. Dah hampir pukul 2 ni.” Arah Hakimi. Laju Suraya berlalu meninggalkan kami berdua. Hakimi menyinsing lengan baju kemejanya.

Aku hanya memandang Hakimi. Sesudu bubur di suakan ke mulutku. Aku hanya menganga. Sudah seminggu berlalu tetapi traumaku masih begitu. Hakimi pula terlalu baik padaku. Dia mengupah seorang jururawat untuk menjagaku. Makanku pula adalah tanggungjawabnya. Walaupun sibuk di pejabat, dia tetap akan pulang pada tengaharinya semata-mata untuk menyuapkan makanan. Mungkin sebab penjagaannya membuatkan aku masih begitu.

Terbiasa di manjakan membuatkan aku liat untuk sembuh. Nasib baik panggilan mama menyedarkan aku.

Aku perlu segera pulang. Dua minggu lagi, majlisku akan berlangsung.

“Kimi, saya dah sihat. Awak tak payah susah-susah lagi. Saya dah bagitahu kak Suraya, saya dah tak perlukan jururawat..” terkebil-kebil mata Hakimi memandangku.

“Awak bercakap, Liz?” soal Hakimi lagi. Aku tersenyum meleret. Ya, selepas seminggu.

“Saya dah okey. Kimi, terima kasih.” Ucapku ikhlas. Hakimi masih dalam riak tidak percaya. Aku tak sangka lelaki ini akan menjaga aku ketika aku sakit. Lelaki ini yang selalu menyakiti hatiku dengan kata-kata kurang matangnya telah membuatkan persepsiku terhadapnya berubah. Dia ada ‘sempurna’ itu.

“Tak ada apa yang nak di terima kasihkan. Lagipun, saya juga salah.” Ujar Hakimi akhirnya.

“Tapi, awak tetap selamatkan saya. Terima kasih sangat-sangat.” Ujarku pula. Masih tak mahu mengalah. Melihatkan aku sudah pulih sepenuhnya, Hakimi mula tergelak.

“Yeah, I am.” Aku tergelak mendengar jawapan balasnya yang berunsur riak. Hmm, tiba-tiba mula terasa rindu pada usikannya.

_______________________________

“Liz, kali ni saya tak main-main. Saya cintakan awak.” Aku terkedu apabila Hakimi menuturkan ucapan itu. Cinta?

Dan kerana ucapan itulah aku termenung panjang. Memikirkan kata-katanya. Bukan aku tak suka malah sejak kejadian itu aku mula merasakan perasaan itu. Perasaan di senangi apabila berada dengannya. Cinta? Hmm, aku pun tidak pasti. Ingin mengaku cinta, aku pula bakal menjadi pengantin.

Sudah dua hari berlalu dan aku masih tiada jawapan untuk soalan itu. Hakimi pula seperti memberikan masa untukku berfikir. Walaupun berjiran, dia sudah tidak memunculkan diri. Kalau dia sengaja mahu menguji aku, nampaknya dia sudah berjaya. Ternyata ada rindu buatnya tapi untuk mengakuinya, aku tak mampu. Malu siot… ekekkeke..

_______________

Sempurna. Apa maksudnya sempurna? Sudah lama aku tertanya-tanya maksud di sebalik perkataan SEMPURNA ini. Wujudkah sempuna itu? Manusia cukup sinonim dengan sifat tidak sempurna dan aku sepatutnya sedar yang aku juga tidak sempurna tapi kenapa masih mengharapkan yang sempurna? Jari mula menari-nari di kepala lalu di urut lama. Berkali-kali perkataan sempurna ini menerjah benakku dan setiap kali itu juga aku tiada jawapan untuknya. Itulah salahku. Dulu, terlalu gah mencari kesempurnaan seseorang sehinggakan aku terperangkap dengan lelaki yang tidak sempurna.

Cinta pada lelaki lain dan malangnya akan berkahwin dengan lelaki lain. Haih, perit rupanya jatuh cinta ni. Kejap lagi aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dan beberapa hari lagi aku akan menjadi isteri orang. Mengingatkan status yang tak lama lagi akan berubah, air mata laju menuruni pipi. Sepatutnya aku redha, bukannya pasrah sebegini. Wajah sayu Hakimi pagi tadi ternyata masih dalam bayanganku.

“Saya harap awak pilih antara saya dan dia. Kalau awak pilih saya, Alhamdulillah dan kalau awak pilih dia, saya redha.” Serius kata-kata Hakimi dan aku hanya tertunduk.

“Saya… saya tak tahu.” Jawabku perlahan.

“Awak cintakan saya?” soal Hakimi lagi. Stop, Kimi! Aku dah tak sanggup nak dengar ayat-ayat yang keluar dari bibir kau. Aku takut, aku tak mampu untuk menipu lagi.

“Liz, give me the answer.” Pujuk Hakimi lagi. Ah, aku makin lemah.

“Liz…”

“Saya tak tahu.” Laju aku memotong katanya. Namun aku tahu dia tahu jawapanku. Dia menyeka air mataku yang mula mengalir di pipi.

“Terima kasih sebab terima saya yang tidak sempurna.” Ujarnya. Semakin perit pula dadaku menahan sebak. Aku tak terima dia cuma aku hanya menyatakan perasaanku yang sebenar. Aku tak mahu dia tersalah sangka. Aku tidak memilih dia.

“Maaf, Kimi. Saya…” pegangan erat tangannya mula longgar. Dia mengeluh perlahan namun tetapbibirnya menguntum senyum buatku. Mungkin senyuman terakhir.

“Saya faham. Dan… saya redha.”

________________________________

“Rombongan pengantin lelaki dah sampai.” Jerit suara budak lelaki dari bawah rumahku. Rasa gementarku yang baru hilang kini muncul kembali. Masa ni jugaklah mak andam sibuk nak mengemaskan mekap di wajahku. Aduh, orang nervous ni. Tak senang duduk aku jadinya.

“You ni tak boleh duduk diam ke? Nanti rosak make up I tau.” Marah mak andam tu. Muncung mulut dia, mak ai… menggoda you. Ops!

Bunyi bising di bawah membuatkan badan aku seram sejuk. Majlis kahwin yang berlangsung di kampong mama membuatkan ada sedikit rasa segan sebabnya kebanyakan sepupu sepapatku sah-sah akan balik. Nak-nak lagi yang tinggal di kampong. Tak habis-habis mereka mengusikku. Aduh, ini bukan kahwin sebab cinta. Ini kahwin paksa!

“Liz.” Panggil mama. Aku yang dari tadi seperti kucing hilang anak tersentak. Wajah mama ku pandang.

“Ya, mama?”

“Azif nak jumpa.”

“Nak buat apa? Kitorang dah nak kahwin ni kan?” bentakku geram. Mama mengeluh. Tanganku di tarik menjauhi mak andam yang dari tadi duk tersengih-sengih. Curi dengar ek?

“Entahlah si Azif tu. Katanya mustahak.”

“Pergilah Liz. Kejap je pun. Dengar je apa yang dia nak cakap.” Mama memujuk lagi. Hmm, aku mengangguk. Biarlah aku beralah. Dia bakal suami aku.

________________________

“Awak buat apa kat sini?” itu soalan pertama yang aku utarakan apabila melihat Hakimi di hadapanku dan bukannya Azif.

“Liz, sebelum tu saya nak minta maaf. Saya Azif, bakal suami awak.” Aku terkedu. Macamana aku boleh tak perasan yang dia sedang memakai baju pengantin yang sedondon denganku. Tapi kenapa dia jadi Azif? Kepalaku pening tambah serabut.

“Tapi Kimi…”

“Razif Hakimi.” Celahnya membuatkan aku terdiam.

Detik yang tak boleh aku lupakan buat seumur hidupku. Lelaki yang aku cinta rupa-rupanya adalah bakal suami aku sendiri. Terkejut bercampur baur dengan rasa tidak percaya. Masakan mereka adalah orang yang sama?

Namun kata Kimi a.k.a Azif, selepas kejadian memalukan itu dia cuba untuk memohon maaf tetapi sikap keras kepalaku membuatkan mama menghalangnya daripada menemuiku. Dek kerana niatnya yang ingin membetulkan segalanya, mama sedaya upaya menolong apa yang patut.

Katanya, dia jatuh cinta padaku ketika kami dalam kapal terbang yang sama. Masa tu dia yakin yang aku adalah jodohnya. Tambah-tambah lagi dengan kebetulan yang terjadi. Dia juga tidak menyangka yang aku akan menjadi jirannya.

Katanya lagi, dia tidak mampu menjadi lelaki sempurna yang aku inginkan tetapi dia berusaha menjadi sempurna apabila denganku. Dan perubahan dia membuatkan aku yakin, manusia boleh berubah.

“Aku terima nikahnya, Liz Aulia Binti Latiff dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Laju air mata menjatuhi pipi. Ya, dia tidak sempurna namun aku mahu mencintainya dengan cara yang sempurna.

Cerpen Cahaya Aidilfitri

Hadif masih lagi setia di dalam biliknya walaupun jam di dalam biliknya sudah menunjukkan ke angka 930 malam. Di luar biliknya sudah pun gelap semenjak jam 530 petang setelah semua staffnya sudah pun pulang ke rumah. Mahu pulang ke rumah? Dia sebenarnya bosan untuk balik ke rumah. Ingin keluar lepak bersama rakan? Dia tiada mood untuk semua itu. Dia masih lagi menyelesaikan kerja yang masih lagi berbaki. Selepas dia berbuka hanya dengan air kosong dan roti dia meneruskan kerja setelah dia menunaikan sembahyang mahgrib. Namun tidak lama kemudian entah mengapa tiba-tiba dia merasa seram. Meremang bulu tengkuknya. Air liur entah mengapa tersekat di anak tekaknya. Dia yakin dia kini keseorangan.

Hadif tidak menunggu lama. Dia mengemas fail dan kertas kerja yang berselerak di atas meja. Beg sandang di capai. Komputer di hadapannya ditutup. Walau pun rasa getarnya kian kencang. Entah mengapa dia merasakan pintu biliknya dipulas. Hadif melangkah ke belakang. Cuba mencari seandainya ada kayu atau pun benda keras untuk dia bersedia. Dia bukan takut dengan hantu atau jembalang. Yang dia takut adalah manusia yang bertopengkan hantu. Perompak ada di mana-mana. Kalau setakat wang yang melayang tak mengapa juga. Buatnya nyawa yang melayang? Selisih! Kahwin pun belum lagi.

“Assalamualaikum!” Bagai luruh jantung Hadif dengan salam yang tiba-tiba memecah keheningan malam itu.

“Zafri!” jerit Hadif. Nasib baik dia tidak membaling tong sampah ke arah Zafri. Kalau tidak sudah tentu rakannya itu dimandikan dengan kertas.

“Kau tak balik lagi ke?” Tegur Zafri di muka pintu biliknya. Terhenyak Hadif dengan perilaku Zafri tadi.

“Engkau kalau tak buat aku sakit jantung tak boleh ke? Selalu sangat nak terjah orang.” Keras sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Hadif itu.

“Tidaklah. Aku tengok bilik kau terpasang lampu. Aku ingat kau lupa nak tutup lampu. Sebab itu aku singgah. Tak sangka pulak kau tak balik lagi. Banyak lagi ke kerja yang tak siap?” Zafri melangkah masuk ke dalam bilik Hadif.

Pertanyaan dari Zafri itu disambut dengan keluhan yang berat. Dia memandang ke arah Zafri seolah meminta pertolongan. Zafri menarik kerusi dan melabuhkan punggung di hadapan Hadif. Dia menantikan seandainya Hadif mahu bercerita.

“Kau kenapa, Hadif? Macam besar sangat masalah kau ni.” Zafri masih lagi menanti.

“Entahlah Zafri. Aku nak bercerita pun aku tak tahu macam mana.”

“Baik kau ceritakan. Mana tahu kalau aku boleh tolong kau.” Hadif masih lagi membatu. Cuba menyusun dan membuat karangan untuk dia bercerita dengan Zafri. Permintaan dari arwah ayahnya masih belum tertunai. Entah bila dia tidak pasti. Namun selagi dia menangguh, hatinya masih lagi tidak keruan.

“Apa lagi yang kau nak, Hadif. Kau sudah punyai segalanya. Takkan itu pun tak cukup lagi. CEO, harta, semuanya milik kau.” Memang benar dengan kenyataan dari Zafri itu. Namun itu cuma zahirnya. Di dalam hati? Hanya dia yang tahu. Hatinya masih lagi dilingkar rasa bersalah dengan permintaan arwah ayahnya.

“Masih ada yang belum cukup lagi, Zafri.”

“Ha…. Aku tahu. Kau tentu sunyi, kan. Kau tengah cari calon isteri. Ya! Calon isteri! Yang lepas tu janganlah nak dikenangkan lagi. Dah sampai masa kau cari pengganti.” Serkap Zafri.“Oi! Cakap main sedap mulut je. Mana ada. Kau ingat nak cari isteri ni macam nak cari goreng pisang tepi jalan je ke?” Zafri tersenggeh dengan nada kuat Hadif itu. Habis tu nak apa lagi, kan?

“Habis tu? Kau ada segalanya, Hadif. Mesti ramai yang berkahwin dengan kau.”

“Bukan itu dalam fikiran aku. Kau tak faham.”

“Kalau aku tak faham, cuba kau fahamkan aku. Aku tengok kau pun sejak akhir-akhir ni pun dah macam orang tak ada semangat. Tell me, bro. what’s wrong with you.” Zafri masih menanti. Suasana hening seketika.

“Pasal permintaan arwah ayah aku. Masih ada yang belum selesai, Zafri.” Akhirnya apa yang terbuku di ruang hati dapat dilepaskan. Berkerut dahi Zafri dengan luahan perasaan itu. Dia benar-benar tidak faham.

“Arwah ayah aku ada memberitahu untuk aku mencari Pak Mahat dengan Mak Leha. Dan sekarang aku masih belum mencari mereka.”

“Bekas pemandu dan orang gaji kau? Kenapa?”

“Entahlah Zafri. Aku pun tak tahu. Apa yang penting ada benda yang perlu aku berikan pada mereka. Ada surat yang perlu aku serahkan. Dan Rumah Penyayang peninggalan orang tua aku kini milik mereka.”

“La…. Aku ingat berat sangat masalah kau. Habis tu kau tunggu apa lagi? Kenapa kau tak cari lagi? Amanah orang tua kau tak boleh nak lengahkan. Kau tahu mana dia orang tinggal? Ke kau nak aku tolong carikan mereka?” Hadif tersenyum dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Zafri itu.

“Aku tahu mana mereka.”

“Habis tu? Kenapa tak pergi? Aku rasa dah lama kau tak berjumpa dengan dia orang, kan? Rasanya dah sepuluh tahun. Bila diaorang balik ke kampung halaman. Mungkin dah tua agaknya mereka tu.” Itulah yang sekarang bersarang di dalam kotak fikirannya. Dia takut akan apa yang akan terjadi sekiranya dia tidak dapat menunaikan impian orang tuanya.

“Itu yang aku takutkan. Aku tak sempat berjumpa dengan mereka.”

“Kau tak cuba dan kau tak tahu. Bila betul mereka dah tiada, bukan salah kau kalau kau tak dapat berikan apa yang patut mereka dapat. Pergilah Hadif. Mungkin ada hikmahnya disebalik permintaan orang tua kau.” Hadif melepaskan keluhan buat kali kedua. Berat dan keras.

“Entahlah Zafri. Aku pun tak tahu nak buat apa. Makin aku fikirkan makin pening kepala aku.”

“Senang saja caranya. Kau pergi jumpa dengan mereka. Ambil cuti. Luangkan masa dengan mereka. Pujuk mereka. Aku yakin dia masih sayang dengan kau. Mahu tidak, sejak kau kecil lagi Mak Leha tu yang mengasuh kau. Sampaikan kau panggil dia mak. Apa lagi yang kau fikirkan, Hadif? Bertindaklah sebelum kau menyesal. Buatnya mereka sudah tiada…”

“Okeylah… okeylah… aku pergi. Tapi aku nak minta tolong dengan kau ni.”

“Kalau kau nak suruh aku ikut kau, siapa pulak yang nak menjaga pejabat ni nanti?”

“Bukan tu. Aku nak pinjam kereta kau.” Hah? Terbuntang biji mata Zafri mendengarkan kata-kata Hadif itu.

“Bukan ke kau dah kereta. Ferrari pulak tu. Kereta aku kereta cabuk je.”

“Itu aku tahu. Takkan aku nak masuk kampung dengan kereta aku. Lagi pun aku bukan nak pinjam kereta BMW kau tu.”

“Habis tu? Kau nak pakai kereta apa? Jangan kau kata nak kere….”

“Yup! Betul. Kereta MYVI kau tu.”

“Oi! Itu kereta bini aku. Habis dia nak pakai pulak. Kau ni Hadif. Main sedap mulut je kau minta itu ini. Kau bawak jelah kereta kau tu.” Zafri tidak berpuas hati dengan keputusan Hadif itu. Meminjam kereta isterinya? Buatnya Hidayah mengamuk tidak ke haru nanti.

“Aku bukan nak menyusahkan kau. Tapi kalau aku cari satu buat membazir je. Tak pe… kau guna kereta aku. Kereta kau biarlah si Dayah tu guna.”

“Wei… bukan aku tak bagi si Dayah tu bawak kereta aku. Buatnya…. Hish! Susah ni.” Zafri mula bermain dengan teka-teki. Hadif masih lagi menanti akan jawapan dari Zafri. Zafri memandang ke arah Hadif seolah-olah keputusan tertera di riak wajah Hadif.

“Lama tak? Aku bukan apa. Raya dah dekat ni. Lagi dua minggu lagi. Macam mana kalau kau masih lagi kat sana?”

“Ala…. Aku tak lamalah kat sana. Lagi cepat aku selesaikan masalah ni lagi cepatlah aku balik sini. Okey apa? Kau boleh bergaya dengan kereta aku.”

“Janji jangan lama sangat. Hish! Aku tak yakin kau sekejap kat sana. Macamlah Mak Leha tu nak lepaskan kau. Tak jalan lain ke? Kau minta pinjam dengan budak lain jelah…”

“Kau ni… banyak sangat cerita. Nak bagi ke tidak? Susah sangat aku beli satu.” Hadif mula meninggikan suara dengan kerenah Zafri itu.

“Hah! Kan senang.” Zafri tersenyum lebar. Selamat kereta aku.

“Kedekut kau ni. Dah! Aku nak balik. Kau tinggallah seorang kat sini. Biar hantu Kak Limah temankan kau.” Hadif mula mengorak langkah. Bergegas Zafri mengejar Hadif. Hah! Rasakan!

Hadif memerhatikan rumah yang agak usang dengan perasaan debaran yang kian kencang. Setelah dia bertanyakan jalan ke rumah Pak Mahat, akhirnya dia berada di destinasi yang selama ini bermian difikirannya. Walau pun keadaan rumah yang usang namun halaman rumah begitu kemas dan bersih. Tingkap rumah terbuka. Hadif yakin akan orang yang selama ini dicari ada di dalam rumah. Hadif keluar dari perut kereta dan berdiri di hadapan halaman sambil memerhatikan sekitarnya.

Hadif memberi salam. Namun senyap. Akhirnya dengan salam yang ketiga salam Hadif bersambut. Debaran Hadif kian rancak. Sudah sepuluh tahun dia tidak bertemu dengan pasangan itu. Adakah mereka akan kenal? Pintu rumah dibuka. Ternyata wajah Mak Leha yang sudah melebihi separuh abad itu terlayar di ruang mata. Mak Leha sudah agak tua. Mak Leha melihatkan wajah yang selama ini dirindui tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Air mata Mak Leha lebih dahulu mengalir dari kata-kata.

“Hadif? Betul ke ni Hadif?” Mak Leha memeluk erat Hadif yang masih lagi terpinga-pinga.

“Mak….” Bagai tersekat di anak kerongkongnya mengeluarkan kata keramat itu. Sejak kecil lagi dia memanggil Mak Leha dengan ‘Mak’ dan Pak Mahat pula dia biasa memanggil lelaki itu dengan ‘abah’. Memang dia merindui insan itu. Dan dia tidak menyangka bahawa dia diberikan peluang untuk bertemu dengan pasangan itu.

“Abah mana?” Pertanyaan itu membuatkan Mak Leha tersedar. Memang itu panggilan yang diberikan kepada Pak Mahat. Mak Leha memerhatikan di sekeliling.

“Jom. Mak rasa dia ada kat belakang. Tengah menebang pokok pisang.” Ajak Mak Leha sambil senyumannya tidak lekang dari bibirnya. Suaranya memecah dikeheningan petang itu. Kelibat Pak Mahat segera dicari.

“Abang, mari tengok siapa datang.” Laung Mak Leha setelah kelibat Pak Mahat jelas diruang matanya. Pak Mahat meletakkan parang yang dari tadi menjadi teman setia.

“La… Hadif ke? Allah! Lama tak jumpa.” Anak bujang itu menjadi mangsa pelukannya. Anak teruna yang berada di sebelah Pak Mahat hanya menjadi pemerhati. Setelah lama Pak Mahat tidak bertemu dengan Hadif, yang sudah dianggap sebagai seorang anak.

“Lupa pulak. Ini abah kenalkan Rashid. Dialah yang banyak menolong abah di kebun ni. Tapi tak lama lagi dah nak berangkat ke London sambung pelajaran dia.” Terang Pak Mahat.

“Hadif. Tahniah!” Hadif menghulurkan tangan dan salamnya bersambut.

“Marilah masuk rumah. Rashid, nanti malam jemputlah datang berbuka dengan kami. Ajak Aisyah sekali. Lepas berbuka boleh ke surau terawikh. Dah lama tak makan ramai-ramai. “ Ajak Mak Leha dengan senyumannya masih tidak lekang dari tadi.

Masih tinggal 15 minit untuk umat islam berbuka. Mak Leha sudah mula menyediakan makanan. Hadif membantu mana yang patut. Sedang mereka menyediakan hidangan, salam dari luar membuatkan Hadif membuka pintu. Rashid dan Aisyah. Hadif memandang ke arah Aisyah dengan tidak berkelip matanya. Tidak mungkin! Wajah itu tidak ubah seperti Balkis! Tunang yang amat dicintai yang telah pergi selamanya.

Senyuman dari Aisyah membuatkan hati Hadif berdetik. Dengan tidak melayani perasaan, dia menyapa Rashid. Diajaknya lelaki itu dan bekas yang ditatang oleh Aisyah disambut.

“Masuklah.” Hadif mempelawa. Ah, sudah tentu mereka ini pasangan suami isteri. Hadif masih lagi memandang ke arah Aisyah yang sudah membantu Mak Leha menyusun lauk untuk juadah berbuka.

“Aisyah adik saya. Harap Hadif tak salah sangka.”Hadif tersentak dengan pengakuan itu. Hish! Dia menyalahkan dirinya kerana galak memandang ke arah Aisyah. Hadif tersenyum sumbing. Dia tahu, Rashid terlebih dahulu memandang ke arahnya.

“Bila nak bertolak ke London?” Tanya Hadif segera mengubah tajuk.

“Tiga bulan lagi.” Perlahan sahaja kata-kata dari Rashid.

“Nampak macam tak seronoknya. Kenapa? Ada masalah?” hadif tahu ada sesuatu yang menjadi penghalang untuk lelaki itu melanjutkan pelajarannya. Rashid mengeluh panjang. Dia segera memandang kepada Pak Mahat, Mak Leha dan juga Aisyah.

“Saya risau, siapakah yang akan menjaga mereka seandainya saya tiada. Bukan dekat dan bukan lama saya pergi. Pak Mahat dan Mak Leha sudah tua. Mesti ada seseorang yang akan menjaga dia.”

“sebab itulah saya ke sini. Niat saya untuk menjemput Pak Mahat dan Mak Leha tinggal dengan saya. Saya tiada siapa lagi. Hanya mereka sahaja yang tinggal dalam hidup saya. Janganlah awak bimbang pasal tu.” Rashid tersenyum pengakuan ikhlas Hadif itu.

“Adik saya? Saya sebenarnya susah untuk pergi kerana Aisyah. Kalau dia tinggal seorang di sini, siapa yang akan menjaga dia? Kami anak yatim piatu. Pengorbanan Aisyah telah banyak. Dia banyak membantu saya untuk saya berjaya. Sedangkan saya? Saya tiada berbuat apa untuk kebahagiaan dia.” Hadif terdiam. Kemudian memandang kepada Aisyah yang galak membantu Mak Leha.
Sejak dia bertemu dengan Aisyah sebentar tadi, entah mengapa hatinya bergelora. Debaran hatinya bagaikan kencang. Mungkinkah kerana wajah seiras bekas tunanganya atau pun hatinya mula diketuk semula.

“Janganlah bimbang. Mungkin ada yang akan menjaga dia.”

“Kesian dengan Aisyah. Dia tidak pandai merebut. Apa lagi untuk menang. Sudah dua kali dia putus tunang. Dan dua kali juga dia yang sengsara. Ada tunang, kawan sendiri yang merampas kebahagiaanya. Dia tidak pernah kata tak boleh. Dia pasrah apa yang berlaku. Kami tahu kami tiadaapa. Tapi kami juga ada maruah dan perasaan. Saya tahu dia terseksa. Tapi dia tidak pernah pamerkan keperitan itu.”

“Abang… jom makan. Ajak kawan sekali. Dah nak berbuka ni.” Rashid melemparkan senyuman dan senyuman dari Hadif juga jelas kelihatan. Kedengaran suara Aisyah begitu lembut membuatkan Hadif terleka sejenak. Ah! Apa sudah jadi dengan ku?

“Jangan segan, Hadif. Makanlah.” Pak Mahat.

“Aisyah, Rashid…. Tambah lagi.”Pelawa Pak Mahat lagi.

“Kalau Hadif beritahu nak datang, mesti mak buatkan Hadif lauk kegemaran Hadif.”

“Tak pelah mak…. Esok ada masa lagi.” Sambut Hadif.

“Baiklah. Esok mak masak lauk kegemaran Hadif. Ayam masak lemak cilia pi, ye. Tinggal kat sini sampai raya. Boleh raya sekali.” Ujar Mak Leha dengan nada gembira. Namun Hadif agak terkejut dengan permintaan itu. Bukan dia tidak mahu tinggal dengan keluarga itu. Namun banyak kerja yang perlu dia selesaikan. Fikirannya ligat memikirkan permintaan itu.

“Kenapa? Hadif tak sudi nak beraya dengan kami ke?” ternyata perubahan wajah Hadif itu disedari oleh Mak Leha.

“Eh, tak adalah mak. Insyaallah kalau diizinkan tuhan Hadif nak sangat beraya kat sini. Lagi pun dah lama tak jumpa dengan mak. Nanti Hadif tanya kawan Hadif kalau dia boleh tolong Hadif.” Ujar Hadif untuk menyedapkan hati orang tua itu.

Hadif mendail nombor telefon Zafri. Meminta bantuan dari sahabatnya itu. Mana tahu dia dapat menunaikan harapan Mak Leha.

“Zafri! Kau kena tolong aku.”

“Apa dia, boss?”

“Aku mungkin ambil cuti sampai raya. Nanti aku kau umumkan kepada semua staff cuti bermula sehari sebelum raya dan minta mereka naik seminggu lepas tu. Aku mungkin naik hari selasa nanti. Kau tolong tengokkan office ye.”

“Wah, lama cuti. Kau dah terikat kat sana ke?”

“Engkau ni. Ke situ pulak. Bukan apa? Mak Leha nak aku sambut raya dengan aku. Aku tak nak hampakan permintaan mereka tu.”

“Okeylah boss… selamat bercuti. Pasal pejabat jangan risau. Kalau ada apa-apa aku akan roger kau.” Hadif meletakkan telefon dengan perasaan yang berbunga-bunga.

“Assalamualaikum…” Hadif tersentak dengan suara gemersik itu. Hadif berpaling dan menjawab salam itu.

“Aisyah. Nak jumpa dengan Mak Leha ke?” Tanya Hadif sambil menyembunyikan perasaannya. Senyuman dari Aisyah membuatkan Hadif tidak keruan. Pulak…. Dia dah macam perempuan!

“Aisyah nak jumpa dengan abang. Mak Leha kata abang nak buat baju melayu. Itu yang Aisyah nak jumpa dengan abang. Abang ada baju melayu untuk dibuat contoh? “ Hadif menggarukan kepala yang tidak gatal. Baju melayu? Mana ada?

“Tak mengapalah Aisyah. Abang boleh beli yang dah siap. Tak payahlah nak susahkan Aisyah.” Asiyah senyum lagi. Ah…. Dia senyum lagi! Aisyah! Cuba jangan senyum. Boleh jadi gilalah!

“Abang, Mak Leha dah berikan kain ela untuk buat baju untuk abang. Mak Leha nak buat tapi dia kata mata dah tak nampak. Nanti baju jadi seluar pula.” Ah, dia pandai bergurau. Hadif mati dengan kata-kata.

“Mak dah beli kain ela. Bila masa? Tak nampak pun dia beli.”

“Mak Leha kirim dengan Aisyah. Harap abang tak marah. Mak Leha minta Aisyah belikan kain warna merah hati. Sebab abang suka dengan warna tu. Tapi kalau abang tak ada baju contoh, agak- agaknya badan abang dengan abang Rashid lebih kurang sama. Aisyah guna contoh abang Rashid sajalah. Boleh?” Hadif mengangguk tanpa disuruh.

" Oh ya, ini Aisyah ada bawakan Mak Leha pengat ubi. Ambillah.” Bekas bertukar tangan.

“Macam mana dia boleh tahu minat aku?”

“Ye? Apa dia?”

“Er…. Tak ada. Nanti abang bagi kat mak.” ‘Abang.’ Perkataan itu pernah digunakan untuk dirinya.
Dan sudah lima tahun Balkis meninggal dunia. Dan sudah lima tahun pintu hatinya tertutup. Dan kini…. Dia membiarkan hatinya meneroka.

“Ini kalau ada ubi rebus dengan sambal tumis ni mesti sedap.” Hadif menukar tajuk lagi. Matanya masih lagi menatap pengat ubi yang membuatkan nafsu puasa bergelora. Tak pe…. Tak lama lagi dah.

“Abang suka dengan ubi rebus ke? Aisyah ada buat lebih. Nanti sebelum berbuka Aisyah hantar, ye.”

“Eh, tak apa. Abang cakap je.” Entah mengapa Hadif seperti malu-malu. Aisyah tersenyum. Hadif menggarukan kepala yang tidak gatal.

“Aisyah balik dulun, nanti Aisyah hantar ubi rebus ye. Assalamualaikum…” Hadif menyambut salam dan memerhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangan matanya. Seminggu lagi umat islam akan menyambut hari raya puasa. Bagi Hadif, ada sesuatu yang perlu diserahkan kepada Pak Mahat dan Mak Leha sebelum dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hari ini,dia menyusuri jalan kampung untuk ke pekan membeli barangan untuk sambutan hari raya. Namun dalam perjalanan dia terserempak dengan Aisyah
yang mahu ke pekan.

“Marilah tumpang saya. Saya pun nak ke pekan juga.” Pelawa Hadif.

“Tak mengapalah. Tak manis kalau saya naik kereta abang ni.” Tolak Aisyah perlahan. Dia tidak mahu akan orang kampung menceritakan perihal yang bukan-bukan. Sudahlah pada bulan puasa, kena pula Hadif bukan orang kampung ini.

“Jangan macam tu. Abang ikhlas ni. Marilah naik. Bukannya Aisyah tak kenal dengan abang, kan? Jauh nak ke pekan tu. Lagi pula bulan puasa macam ni. Mari…” Hadif sudah membuka pintu untuk Aisyah. Dengan hati yang berbelah bagi Aisyah menurut juga.

“Rashid mana? Kenapa tak suruh je abang Aisyah temankan?”

“Abang Rashid biasalah rutin dia. Menolong Pak Mahat kat kebun. Lagi pun Aisyah malas nak menyusahkan dia.” Hadif tersenyum dengan kata-kata Aisyah itu. Ada kejujuran terpancar di wajah gadis itu.

“Kalau abang tanya jangan marah.” Saat itu hati Aisyah bagaikan gelora yang menganas. Hatinya merasa debaran yang tidak boleh digambarkan.

“Abang dengar Aisyah sudah 2 kali putus tunang. Betul?” Aisyah tidak segera menjawab. Sebaliknya dia memberi jawapan dengan seribu bahasa.

“Kalau tak nak cerita abang tak nak paksa.”

“Kenapa perlu ceritakan tentang hal yang telah berlalu? Aisyah….”

“Maaf kalau buat Aisyah terluka.” Hadif mula dilanda rasa gelisah. Menyesal pula dia bertanyakan perihal itu kepada Aisyah.

“Perkara dah berlalu. Memang Aisyah bertunang dua kali. Dan dua kali juga Aisyah tersungkur. Pertama, tunang Aisyah meninggal dunia 3 bulan sebelum kami menikah. Pertunangan kedua Aisyah putus setelah kawan baik Aisyah sendiri melafazkan cinta dengan tunang Aisyah. Aisyah merasa amat perit tetapi Aisyah tetapkan iman untuk terima semua takdir yang menimpa Aisyah.”

“Abang tahu, pasti ada rahmat disebaliknya. Jadi…. Aisyah rasa mungkin pertunangan kali ketiga akan menjadikan Aisyah seorang isteri?” Duga Hadif. Dia memandang ke arah Aisyah. Dia tunduk.

“Kita merancang dan Allah yang akan menentukan. Lagi pun Aisyah tidak mahu mengharap. Biarlah  ianya datang dengan sendiri. Aisyah bukan insan yang sempurna. Ada banyak lagi yang perlu Aisyah memperbaiki diri sendiri. Namun tanggapan masyarakat membuatkan kadang-kala Aisyah hilang semangat. Kalau tidak dengan abang Rashid sudah tentu Aisyah kini merana sendiri.” Hadif terpana dengan kata-kata Aisyah itu. Dia terdiam dan menjadi teman sunyi ketika itu. Dia mati dengan kata-kata.

Pertemuan singkat dengan Aisyah membuatkan Hadif menilai dirinya sendiri. Semenjak kehilangan Balkis, hatinya seolah-olah mati. Wanita tiada di dalam kamus hidupnya. Namun dengan ketabahan yang dipamerkan oleh Aisyah membuatkan Hadif merasakan dia kerdil di sebelah Aisyah. Ah, mengapakah hati ini sering berdebar saat bertentang mata dan saat dia menyebut nama itu getaran kian terasa.

Hadif memandang ke arah Aisyah sedang sibuk membantu Mak Leha menganyam ketupat di berandar. Dalam diam dia menjadi pemerhati. Tanpa disedari tindakannya disedari oleh Rashid yang bersama membantunya menjaga lemang.

“Jauh termenung. Tengok apa tu?” Tegur Rashid dengan melemparkan senyuman. Aduh! Kantoi! Kan dah kena. Entah apa yang difikirkan oleh Rashid. Dia berharap agar Rashid tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Er… tak ada apa-apa.” Hadif cuba berdalih.

“Saya tahu apa yang awak fikir. Jangan tunggu lama-lama. Nanti diambil orang.” Ujar Rashid. Hadif tersenyum lagi.

“Saya tak layak. Saya tak mahu andai dia fikirkan yang bukan-bukan tentang diri saya.”

“Kenapa perlu merendah diri? Saya yakin dengan awak. Mak Leha banyak bercerita tentang awak sebenarnya sepanjang dia berpindah semula di kampung ni sepuluh tahun yang lalu. Saban hari dia menyebut tentang Hadif. Hadif budak baik, dengar kata. Hormat orang tua. Semua apa yang Hadif suka dan
tidak semua dia bercerita.”

“Sampai begitu sekali? Mak….mak….” Hadif mula rasa segan sendiri. Kalaulah Rashid tahu akan kedudukannya dia takut jika dikatakan menipu.

“Hadif, menyintai dan menerima seseorang itu terletak kepada hati. Ikut kata hati dan semoga ianya akan dipermudahkan. Saya tidak memaksa. Saya tidak mahu andai kata saya ini mendesak dan terdesak. Kami sedar siapa kami. Kami anak yatim piatu. Tiada apa yang boleh kami berikan melainkan kasih dan sayang.” Hadif memandang kepada Rashid. Entah mengapa dia begitu senang dengan kedua beradik itu. Hadif tersenyum sendiri. Kemudian dia memandang ke arah Mak Leha.Insan yang selama ini amat disanjungi dan dihormati. Dan ternyata surat dari peninggalan arwah Datuk Karim memberi seribu erti.

Malam itu…. Hadif merenung ke luar jendela. Melayani perasaan yang kini kian bercelaru. Fikirannya tidak betah untuk berfikir lagi. Dia menghela nafas dengan keras. Entah mengapa air matanya terbit dari kelopak mata. Rahsia yang terpendam kini sudah terungkai. Dan yang pasti betapa orang tuanya kemas untuk menyimpan rahsia.

“Hadif….” Hadif berpaling dan wajah Mak Leha yang jelas diruang mata terus dia memeluk kemas.

“Mak….” Air mata Hadif tumpah lagi. Sebak rasa dia hamburkan. Dia ingin memeluk wanita itu tanpa melepaskan.

“Hadif…. Kenapa ni?” Mak Leha pelik dengan kelakuan Hadif.

“Kenapa mak rahsiakan semua ni dari Hadif?”Hadif menyerahkan surat yang diterimanya. Mak Leha memandang sayup ke wajah Hadif.

“Kalaulah Hadif terlewat, mak. Hadif tidak akan memaafkan diri Hadif. Kenapa mak rahsiakan pada Hadif yang mak adalah ibu kandung Hadif?” Mak Leha hilang kata-kata. Hanya airmata menjadi jawapan kepada pertanyaan Hadif itu. Dia sedar kini…. Segala yang tersimpan lebih tiga puluh tahun kini terbongkar.

“Ya, memang Hadif adalah anak mak. Anak kandung mak. Maafkan mak, nak. Mak terpaksa. Mak tidak mahu Hadif hidup merana. Bila mak dihalau keluar saat mak mengandungkan kau,dan ayah kamu meninggal dunia mak tiada tempat dituju. Mujurlah Pak Mahat yang kau panggil abah menjadi pelindung kepada mak. Abah kamu yang bekerja dengan Datuk Karim bersetuju memberikan tumpang kepada mak.”

Mak Leha menyeka air matanya. Peristiwa silam yang pernah dilalui kini diceritakan semula. Dengan tekad, dia tidak mahu menceritakannya, namun dia sedar Hadif perlu mengetahui akan hal yang sebenarnya.

“Mak kemudiannya bernikah dengan abah kamu. Dan Datuk Karim bersetuju menerima mak sebagai pembantu rumah. Datuk Karim mengambil keputusan untuk menjadikan Hadif anak angkat memandangkan dia tiada cahaya mata. Sudah berapa kali Datuk Karim ingin memberitahu akan hal yang sebenar, namun mak yang melarang. Mak tak nak bila kamu tahu akan hal yang sebenarnya, Hadif malu untuk mengaku sebagai mak sebagai ibu kandung Hadif. Sebab itu Datuk karim berkeras supaya Hadif memanggil orang gaji ni sebagai mak.”

Air mata Hadif tidak boleh dibendung lagi. Dia menangis lagi. Kali ini dia memeluk orang tua dengan seerat-eratnya.

“Maafkan Hadif, mak….”

“Bukan salah Hadif. Bila nenek kamu sakit, mak minta kebenaran untuk pulang ke kampung. Dan rumah tua inilah tempat kami tinggal sekarang. Mak betul-betul minta maaf dengan Hadif.” Hadif melemparkan senyuman manis untuk Mak Leha. Entah mengapa bebanan yang ditanggung selama ini bagaikan terlepas dan dia merasa amat tenang ketika ini.

“Mak tinggal dengan Hadif. Arwah ayah ada meninggalkan sesuatu untuk mak. Dia minta mak dan abah menguruskan rumah penyayang. Hadif rasa mak dan ayah memang berhak.” Mak Leha menggelengkan kepala.

“Tempat bukan di sana. Tempat di sini, dan mak selesa di sini. Mak rasa Hadif lebih layak untuk menguruskannya.” Kata-kata yang dilafazkan oleh Mak Leha membuatkan Hadif sedikit hampa. Mana
boleh dia menguruskan semuanya. Sudah tentu dia tidak menang tangan.

“Tapi mak…. Itu adalah wasiat.” Pujuk Hadif untuk mengubah keputusan Mak Leha. Namun dia hampa. Mak Leha berkeras untuk menolak.

“Hadif cari orang yang sesuai. Balkis bukan ke ada? Dia boleh tolong Hadif kan?” Hadif menggeleng. Dia tidak menyalahkan Mak Leha kerana dia tahu wanita itu tidak tahu akan perihal yang sebenarnya.

“Mak…. Hadif minta tolong mak…..”

Sayup kedengaran suara takbir mula bergema memecah keheningan pagi. Hadif mencapai baju melayu yang dijahit oleh Aisyah itu. Dia tersenyum sendirian. Berkali-kali dia membelek baju itu. Dia kemudiannya keluar untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya. Betapa dia merasakan bahagia hari itu saat dia bertemu dengan ibu kandungnya yang sebenar. Tiada yang lain boleh menggantikan hari yang bahagia itu. Hadif segera bersalaman dengan kedua orang tua dan memohon keampunan dan semoga cahaya kebahagiaan berkekalan. 

Sebaik sahaja sembahyang sunat hari raya, Hadif dan kedua orang tuanya menuju ke rumah Aisyah. Terkejut kedua beradik itu tatkala menerima kunjugan dari insan yang sangat dihormati itu. Yelah…. Untuk tahun-tahu yang sebelum merekalah orang yang pertama yang akan menziarahi pasangan itu.

“Masuklah Mak Leha. La…. Kenapa tak tunggu kami je yang datang rumah?” sambut Rashid di muka pintu.

“Sekali sekala… lagi pun si Hadif ni beria-ia ajak datang rumah. Itu yang kami datang.” Mak Leha melangkah masuk ke rumah sambil di ikuti oleh Pak Mahat dan Hadif. Hadif sempat mengerling kepada Aisyah yang sibuk melayan tetamu. Namun dari riak wajah Aisyah dia sedar akan Aisyah kurang senang dengan tetamu itu.

“Kenalkan…. Aril dan ini Wati.” Rashid memperkenalkan kepada Hadif. Hadif menghulurkan tangan dan bersalam dengan Aril.

“Macam mana Aisyah? Aku betul-betul minta maaf dengan kau. Sebab itu aku memberi izin pada Aril untuk bernikah dengan kau.” Hadif menangkap perbualan sahabat-sahabat itu.

“Tidak Wati. Jangan jadi bodoh. Dia milik kau. Masakan aku nak berkahwin dengan dia. Maafkan aku, Wati.” Aisyah kelihatan serba salah. Dia bukan terdesak untuk berkahwin dengan Aril. Memang dulu lelaki itu tunangannya, namun bila saat Aril menikahi Wati dia menyerakan segala hatinya buat lelaki itu sehinggakan tiada apa yang tinggal di dalam lubuk hatinya.

“Tolonglah aku, Aisyah. Kalau kau terima pinangan ni barulah hati aku akan tenang. Aku merayu pada kau. Aril masih sayangkan kau. Aku tak mahu persabahatan kita akan terputus dengan perkahwinan aku.”

“Tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk membenci kau, Wati. Kau masih sahabat aku. Walau pun kau berkahwin dengan Aril, ianya tidak pernah mengubah pendirian aku.” Air mata Aisyah mula bergenang. Dia menahan sahaja sebak yang kian kencang.

“Aku dapat tahu abang Rashid akan ke luar negara. Siapa yang akan….”

“Saya akan menjaga dia. Seperti mana saya menjaga diri saya sendiri.” Tiba-tiba Hadif bangkit dan bersuara. Asiyah tersentak dan terkejut. Dia berpaling kepada Hadif. Mencari kebenaran kepada setiap kata-kata yang dibicarakan. Mak Leha dan Pak Mahat tersenyum. Memang itulah niat sebenar sebelum mereka datang.

“Betul, Aisyah. Kami datang pun ada hajat. Malam semalam Hadif beritahu dengan Mak Leha. Dia nak sangat Aisyah terima lamaran Hadif. Sebelum dia beritahu dengan Mak Leha, Hadif ada juga bertanyakan pada Rashid. Yelah…mana tahu kalau Aisyah sudah ada yang punya.”

“Abang yakin bila Rashid kata Aisyah tiada siapa. Selama ini pun pintu hati tertutup sebab kehilangan Balkis. Tunangan abang yang paling abang sayang. Tetapi bila abang bertemu dengan Aisyah buat pertama kali, semangat abang bagaikan kembali. Aisyah telah mengetuk pintu hati abang untuk kali kedua. Wajah Aisyah yang mirip dengan Balkis membuatkan abang benar-benar hilang arah.” Aisyah diam. Ternyata dia terkejut dengan kata-kata Hadif itu. Dia memandang ke arah Wati.
Sahabatnya semenjak kecil lagi.

“Tapi… Aisyah tak layak untuk terima cinta abang. Aisyah tiada apa.”

“Tapi Aisyah ada hati dan cinta, kan? Memang Aisyah tidak mengenali abang. Apa lagi untuk berkasih dengan abang. Tetapi abang percaya, bercinta selepas berkahwin ada manisnya yang tidak boleh kita gambarkan. Oleh sebab itu, abang masuk meminang Aisyah. Pertemuan kita tempoh hari mendorong abang untuk membeli ini.” Hadif mengeluarkan sebentuk cincin permata dan menyerakan kepada Aisyah.

“Mari…. Mak Leha sarungkan. Mak Leha bersyukur apabila Hadif kata nak masuk meminang. Sampaikan Mak Leha malam tadi kalau boleh nak terus je datang rumah. Tapi….. Mak Leha yakin pada hari baik dan bulan yang baik ini kebahagiaan itu milik Aisyah.” Aisyah membiarkan Mak Leha menyarung cincin di jari manisnya. Air mata Aisyah mula tumpah. Ada tangisan kebahagiaan di situ. Dia tidak menyangka kebahagiaan miliknya jua.

“Abang rasa tak nak tunggu lama-lama. Kita nikah sebelum Rashid ops… kena belajar abang Rashid sebab dah nak jadi abang ipar, kan? Kita kahwin ye. Kalau boleh bila abang Rashid balik Malaysia nanti ada 5 orang anak buah yang sedang menanti dia.” Usik Hadif. Merona wajah Aisyah mendengarkan usikan dari Hadif itu.

“Abang ni…”

Hadif memanjat kesyukuran tidak terhingga. Sinar aidilfitri tahun benar-benar memberikannya kebahagiaan yang tidak terhingga. Bertemu dengan ibu kandung, bersua dengan jodoh dirinya ibarat dia hidup kembali. Segala rasa salah kini bertukar dengan rasa manis kebahagiaan. Rashid memanjat kesyukuran akhirnya Aisyah kini bertemu dengan jodoh yang lebih baik. Dia yakin Hadif boleh membahagiakan adiknya itu.

“Tahun depan abang nak Aisyah jahit lagi baju abang.” Usik Hadif lagi. Aisyah tersenyum dan mengangguk. Air mata yang tumpah disapu dan dia memanjat kesyukuran yang tiada terhingga.

# Hah !! Apa lagi , ce komen sikit pasal cerpen ni ^_^